Date: Khamis, September 19, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti TUAN HAJI WAN AHMAD SHUKIMAN BIN WAN JAAFAR, PENGARAH PASUKAN PROJEK KHAS 2, CAWANGAN DASAR DAN PENGURUSAN KORPORAT, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 September 2019.

Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Jurutera Awam pada 29 Ogos 1983 di Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1984 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan
  2. Tahun 1984 - 1990 : Jurutera Awam, JKR Pahang
  3. Tahun 1990 - 2004 : Jurutera Awam, JKR Taiping, Perak
  4. Tahun 2004 - 2009 : Jurutera Awam Kanan, JKR Daerah Kuala Kangsar
  5. Tahun 2009 - 2012 : Jurutera Awam Penguasa, JKR Perak
  6. Tahun 2012 - 2016 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Jabatan Perdana Menteri (Kader)
  7. Tahun 2016 - 2017 : Pengarah Pasukan Projek Khas (Infra), Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat
  8. Tahun 2017 - 2019 : Pengarah Pasukan Projek Khas 2, CDPK

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan antaranya;

  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1998
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2008
  • Anugerah Sijil Penerima Pingat Jubli Perak
  • Anugerah Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P) Tahun 1995
  • Anugerah Darjah Paduka Mahkota Perak (A.M.P) Tahun 2005
  • Penghargaan bagi Fasilitator Badan Penyiasat Bebas (Independent Board of Inquiry)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar TUAN HAJI WAN AHMAD SHUKIMAN BIN WAN JAAFAR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.