Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti TUAN HAJI KHAIRULZAMAN BIN HAJI SAAD yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 6 OGOS 2023.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J29) bertempat di JKR Daerah Temerloh, Pahang pada 15 Oktober 1991. Beliau telah berkhidmat hampir 32 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1991-1999: Pembantu Teknik (J29), JKR Daerah Temerloh, Pahang
- Tahun 1999-2004: Jurutera Awam (J3), Caw. Bekalan Air, JKR Malaysia
- Tahun 2001-2004: Jurutera Awam (J41), Cawangan Kerja Keselamatan
- Tahun 2004-2007: Penolong Pengarah Kanan (J48), Caw. Kerja Senggara IPJKR
- Tahun 2007-2012: Penolong Pengarah Kanan (J48), Kementerian Pendidikan
- Tahun 2012-2016: Ketua Penolong Setiausaha (J52), JKR Negeri Sembilan
- Tahun 2016-2019: Ketua Penolong Setiausaha (J52), Kementerian Kerja Raya
- Tahun 2019-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Jalan, IPJKR
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;
a) Kelayakan Profesional
- Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
b) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga TUAN HJ KHAIRULZAMAN BIN HJ SAAD dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
- 1154 bacaan