Date: Isnin, Oktober 12, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATIN Ar. HAJAH MARIANI NOOR BINTI HAJI SUHUD, PENGARAH KANAN CAWANGAN ARKITEK, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 15 OKTOBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek di Cawangan Bangunan pada 8 Disember 1986. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1986 - 2006 : Arkitek, Cawangan Bangunan
  2. Tahun 2006 - 2008 : Arkitek Kanan, Cawangan Arkitek, IP JKR
  3. Tahun 2008 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, IP JKR
  4. Tahun 2016 - 2018 : Pengarah Rekabentuk & Multimedia, Cawangan Arkitek, IP JKR
  5. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Kanan, Cawangan Arkitek, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Professional Architect, Lembaga Arkitek Malaysia, 1997

b) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1999
  2. Anugerah Khidmat cemerlang (APC) Tahun 2011

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Jawatankuasa Pengawas Program Tadbir Urus Untuk Pelaksanaan Pengurusan Risiko
  2. Jawatankuasa Induk SPK MS ISO 9001:2000 Cawangan Arkitek
  3. Jawatankuasa Pengawas Program Tadbir Urus Untuk Sistem Star Rating Cawangan Arkitek
  4. Jawatankuasa Program Pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri (IBS) Cawangan Arkitek
  5. Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia
  6. Panel Jawatankuasa Pembangunan Silibus Senibina
  7. Panel Jawatankuasa Kerangka Strategik Arkitek JKR
  8. Pengerusi Jawatankuasa Sebut Harga Cawangan Arkitek
  9. Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Semula Carta Alir Kaedah Pelaksanaan Projek JKR
  10. Jawatankuasa Mesyuarat Teknikal Kajian Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) - Wakil Utama JKR
  11. Pengerusi Jawatankuasa Perlantikan Perunding Cawangan Arkitek
  12. Pengerusi Jawatankuasa Subject Matter Expert BIM
  13. Jawatankuasa Pengurusan ICT – J10
  14. Panel Bagi Seminar On Malaysian Standard Architecture Asset Management Design And Accessibility Of Masjid (Ms 2577:2014, Ms 1184:2014 & Ms 2015-1: 2017)
  15. Pembentang/ panel bagi seminar Jurutera Daerah JKR Malaysia 2018 - Panel
  16. Lembaga Arkitek Malaysia - Ahli
  17. Asean Architect – 20 August 2018 - Ahli
  18. Panel Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh Pengajian Peringkat Sarjana dan PhD Sesi Tahun 2019/2020
  19. Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan di JKR Malaysia
  20. Majlis Kebangsaan Bagi Orang Kurang Upaya (MKBOKU) - Ahli Tetap
  21. Jawatankuasa Eksekutif Dan Pembangunan (JEP) Lembaga Penasihat CREaTE
  22. Jawatankuasa Penyelarasan CITP di antara JKR dan CIDB
  23. Jawatankuasa Pemandu Bagi Pengurusan Tenaga Di Kompleks KKR,JKR Dan Agensi Di bawah kawalan KKR
  24. Pelantikan Sebagai Penolong Pegawai Keselamatan JKR Malaysia
  25. Pelantikan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Jabatan Kerja Raya

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBHG. DATIN Ar. HAJAH MARIANI NOOR BINTI HAJI SUHUD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.