Date: Jumaat, April 3, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATIN Ir. SERIBAIYAH BINTI ARDANI, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 April 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juruteknik Awam pada 2 November 1981 di Cawangan Rekabentuk Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia sebelum menjawat jawatan sebagai Jurutera Awam pada tahun 1988 di Pusat Latihan JKR (IKRAM). Sepanjang 39 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1981 - 1984 : Juruteknik Awam, Cawangan Rekabentuk Jambatan, IP JKR
  2. Tahun 1984 - 1987 : Cuti Belajar
  3. Tahun 1987 - 1988 : Juruteknik Awam, Cawangan Bekalan Air
  4. Tahun 1988 - 1994 : Jurutera Awam, Pusat Latihan JKR (IKRAM)
  5. Tahun 1994 - 1997 : Jurutera Awam, Pasukan Projek HUKM
  6. Tahun 1997 - 2010 : Jurutera Awam, Cawangan Pengurusan Korporat
  7. Tahun 2010 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Kerja Pendidikan
  8. Tahun 2013 - 2017 : Ketua Penolong Pengarah Bangunan, JKR Negeri Sembilan
  9. Tahun 2017 - 2018 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Putrajaya
  10. Tahun 2018 - 2020 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek Khas 1, IP JKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Ahli Setia Negeri Sembilan (ANS) - 2018
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2016 - Negeri Sembilan
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2012 - CPPT
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2006 - CDPK
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2000 - CDPK

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  2. Berdaftar dengan The Institution of Engineers Malaysia (IEM)

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pengerusi Panel Penemuduga Kenaikan Pangkat Penolong Jurutera Awam Untuk Perjawatan Negeri, Negeri Sembilan - 2017
  2. Panel Anugerah Kontraktor Cemerlang JKR Malaysia - (2009 - 2011)
  3. Ahli Jawatankuasa Gantian Perolehan Kementerian Pelancongan - 2009
  4. Wakil Ahli Jawatankuasa Perolehan Kementerian Pengajian Tinggi - (2010 - 2013)
  5. Ahli Jawatankuasa Persiapan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan - 2017

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Pengerusi PUSPANITA JKR Perak
  2. Pengerusi Biro Lawatan PUSPANITA Perak

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBHG. DATIN Ir. SERIBAIYAH BINTI ARDANI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.