Date: Isnin, September 3, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATIN SR. ROSELAWATI BINTI AB. KADIR, JURUUKUR BAHAN PENGUASA KANAN, BAHAGIAN BANGUNAN AM 1, CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 September 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruukur Bahan pada 1 November 1984 dan ditempatkan di Bahagian Kontrak & Penyertaan Bumiputra, Kuala Terengganu, Terengganu. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

November 1984 – November 1985

:

Juruukur Bahan, Bahagian Kontrak & Penyertaan Bumiputra, Kuala Terengganu

2.

November 1985 – Ogos 1988

:

Juruukur Bahan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR), Kelantan

3.

Ogos 1988 – November 2002

:

Juruukur Bahan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan

4.

November 2002 – Januari 2004

:

Juruukur Bahan, Cawangan Jalan

5.

Februari 2004 – Januari 2010

:

Juruukur Bahan Kanan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan

6.

Februari 2010 – April 2011

:

Juruukur Bahan Penguasa, Cawangan Jalan (Pasukan Projek ECER)

7.

Mei 2011 – Februari 2014

:

Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am

8.

Mac 2014 – September 2018

:

Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kontrak & Ukur Bahan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1999

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2006

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015

b) Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1. Berdaftar dengan Lembaga Juruukur Bahan Malaysia dan Royal Institution Surveyors Malaysia

c) Sumbangan dan Kegiatan dalam Tugas Rasmi

1. Ketua Bidang Pensijilan Pentadbiran Kontrak

2. Jawatankuasa Terjemahan Kontrak PWD Form DB (Rev. 1/2010)

Warga JKR merakamkan jutaan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah diberikan selama berkhidmat sebagai penjawat awam dan di JKR khasnya. Sesungguhnya segala usaha, kudrat dan pengorbanan yang telah disumbangkan secara langsung mahupun tidak langsung telah membantu dan mencorakkan JKR di kedudukan pada masa ini. Kami mendoakan agar YBHG. DATIN SR. ROSELAWATI BINTI AB. KADIR serta keluarga sentiasa sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah S.W.T. dan berada dalam kebahagiaan.

Selamat maju jaya dan selamat bersara.