Date: Isnin, March 16, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATIN SRI Ir. HAJAH NOR ASIAH BINTI OTHMAN, PENGARAH PEMBINAAN PASUKAN PROJEK KHAS PENGERANG INTEGRATED PETROLEUM COMPLEX (PIPC) yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 16 Jun 1983 di Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1984 : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia
  2. Tahun 1984 - 1986 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Perak
  3. Tahun 1986 - 1990 : Jurutera Awam, Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Melaka
  4. Tahun 1990 - 1991 : Cuti Belajar, MSc in Highway Engineering, Heriot-Watt University, UK
  5. Tahun 1991 - 1997 : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia
  6. Tahun 1997 - 2000 : Oadby & Wigston Borough Council, Leicestershire, UK
  7. Tahun 2000 - 2003 : Penolong Pengarah, Unit Jambatan, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia
  8. Tahun 2003 - 2006 : Penolong Pengarah, Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia
  9. Tahun 2006 - 2015 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Pasukan Projek LPT2
  10. Tahun 2015 - 2018: Jurutera Awam Penguasa Kanan, BPP Timur, Cawangan Jalan, IP JKR
  11. Tahun 2018 - 2020 : Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas JKR PIPC, Johor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 1995
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2015  

b) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Certified Senior Registered Project Manager, PWD/AustPMI
  2. SIRIM Certified Integrated ISO 14001:2004, OHSAS 18001:2007 dan ISO 9001:2008 QMS -  Lead Auditor
  3. Professional Engineer, Board of Engineers Malaysia
  4. Corporate Member, The Institution of Engineers Malaysia 
  5. Chartered Member, The Chartered Instn of Highways and Transportation, UK
  6. APEC Engineer 
  7. International Professional Engineer (IntPE)
  8. Life Member, Road Engineering Association of Asia & Australasia 
  9. Life Member, Intelligent Transport System Assoc. of Malaysia (ITS Malaysia) 
  10. Ahli Alumni, Heriot-Watt University
  11. Ahli Alumni, Universiti Teknologi Malaysia 
  12. Ahli Alumni EDP JPA - COTI Korea
  13. Ahli Professional JKR Malaysia

c) Sumbangan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa JKR untuk Menyemak dan Mengemaskini Arahan Teknik Jalan (ATJ 8/86 - A GUIDE ON GEOMETRIC DESIGN OF ROADS, ATJ 11/87 - A GUIDE TO THE DESIGN OF AT-GRADE INTERSECTIONS, ATJ 12/87 - A GUIDE TO THE DESIGN OF INTERCHANGES)
  2. Penyelaras Mentor dan Menti untuk Program Pementoran KKR 2012 dan 2013
  3. Penilai JKR bagi Peperiksaan Jabatan TK3 dan TK4 (J44 & J48)
  4. Penemuduga SPA bagi Jawatan J41- Contract for Service dan J29 - Pembantu Jurutera
  5. Pensyarah Bengkel Rekabentuk Jalan di IKRAM, 1995
  6. Pegawai Kompetensi dan Latihan bagi Pasukan Projek LPT2, 2006 - 2015

d) Sumbangan Di Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa REAM Technical Committee 6, yang telah menerbitkan REAM Guidelines for Road Drainage Design (REAM - GL 3/2002, Vol 1 - Vol 5)
  2. The Institution of Engineers Malaysia, Women Engineers Section (2003/2004 – Committee member , 2014/2015 - Hon. Secretary, 2015/2016 - Vice Chairman II)
  3. The Institution of Engineers Malaysia, 2015/2016 (Comm. member of Highways & Transportation Division, Sub-comm member on Engineering Contracts, Sub-comm member for Membership Drive and Promotions)
  4. Vice Chairman, Women Professionals, Pro-Tem Working Committee to set up Women Professionals Section of Malaysian Professionals Centre (Balai Ikhtisas Malaysia), 2015
  5. Vice Chairman II, IEM Women Engineers Section, Invited Speaker on Country Report to ASEAN Women Engineers at the Conference of ASEAN Federation of Engineering Organisations (CAFEO 33) Penang, 25 Nov 2015
  6. Vice Chairman II, IEM Women Engineers Section, Invited Speaker on Talk: Women Engineers Malaysia to IEM N.Sembilan Women Engineers, 26 Mac 2016
  7. Vice Chairman II, IEM Women Engineers Section, Invited Speaker on Talk: “Women Engineers Malaysia and Route to PE” to Engineering Group Technical Solutions, Project Delivery & Technology (PD&T), Petronas, Menara Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050, Kuala Lumpur, 4 August 2016

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan  YBHG. DATIN SRI Ir. HAJAH NOR ASIAH BINTI OTHMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.