Date: Jumaat, Februari 21, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ HAJI OTHMAN BIN NORDIN, PENGARAH JKR PAHANG, yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 Februari 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam pada 15 Oktober 1983 di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, IPJKR, KL. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1985 : Jurutera Awam, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, IPJKR, KL
  2. Tahun 1985 - 1988 : Jurutera Awam, JKR Jalan Raya Timur Barat, Gerik
  3. Tahun 1988 - 1999 : Jurutera Awam (Jalan & Projek), JKR Daerah Batu Pahat, Johor
  4. Tahun 1999 - 2001 : Jurutera Awam (Bangunan), JKR Daerah Batu Pahat, Johor
  5. Tahun 2001 - 2004 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pembinaan Kem Gerup Gerak Khas, Mersing, Johor)
  6. Tahun 2004 - 2006 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pembinaan Rumah Keluarga Di Kem Mahkota, Kluang Johor)
  7. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Kerja Keselamatan (Projek Pembinaan Penjara Sungai Udang, Melaka)
  8. Tahun 2007 - 2009 : Jurutera Awam Penguasa (JD Muar), JKR Daerah Muar, Johor
  9. Tahun 2009 - 2014 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan
  10. Tahun 2014 - 2019 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Pahang
  11. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah. JKR Negeri Pahang

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima anugerah antaranya;

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 1996
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2012
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), 2017
  4. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Dato’

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Antara sumbangannya adalah:

  1. Yang DiPertua, Majlis Sukan JKR Pahang.
  2. Penasihat Kelab Sukan Ibu Pejabat JKR Pahang.
  3. Pengerusi Ahli Lembaga Protem Koperasi JKR Pahang Berhad.
  4. Ketua Program Penyelidikan Bahagian Senggara Fasiliti Bangunan (2009-2011).
  5. Ahli Jawatankuasa Kerja Persidangan NAFAM 2006.
  6. Ahli Majlis Perbadanan Stadium Nasional 2012-2014

Diharapkan YBHG. DATO’ HAJI OTHMAN BIN NORDIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.