Date: Rabu, March 6, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ IR. DR. HJ. ADANAN SUKRI BIN MUSA, PENGARAH PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK, CAWANGAN JALAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 7 Mac 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Perbadanan Pembangunan dan Pemulihan Tanah Negeri Kelantan (TAKDIR) pada 1 April 1982. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1983         : Jurutera Awam, Perbadanan Pembangunan dan Pemulihan Tanah Negeri Kelantan (TAKDIR)

2) Tahun 1983                    : Jurutera Awam, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan(KESEDAR)           

3) Tahun 1983 – 1985        : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk, Cawangan Jalan

4) Tahun 1985                    : Jurutera Awam, JKR Jalanraya Timur Barat, Jeli Kelantan

5) Tahun 1985 – 1986        : Penolong Jurutera Tempatan, Projek Jalanraya Timur Barat Fasa 2 (Bahagian Timur)

6) Tahun 1986 – 1988        : Jurutera Tempatan, Projek SM Vokasional Tanah Merah, Kelantan

7) Tahun 1988 – 1995        : Jurutera Bangunan, JKR Kelantan

8) Tahun 1995 – 1996        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah

9) Tahun 1996 – 2001        : Jurutera Daerah, JKR Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

10) Tahun 2001 – 2003      : Jurutera Awam Kanan, Jurutera Awam Kanan, Projek Jalan Laluan F6 Bulatan Bayan Baru – Persimpangan Jalan Sultan Azlan Shah/Jalan Aziz Ibrahim, Pulau Pinang

11) Tahun 2003 – 2004      : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan

12) Tahun 2004 – 2005      : Jurutera Awam Kanan, Projek Memperelok Jalan Kota Bharu/Kuala Krai Pakej E (Machang Bypass)

13) Tahun 2005                   : Jurutera Awam Kanan, JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya

14) Tahun 2005 – 2007      : Pegawai Khas, Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

15) Tahun 2007 – 2008      : Jurutera Daerah, Sepang Selangor

16) Tahun 2008 – 2013      : Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

17) Tahun 2013 – 2015      : Pengarah Seksyen Teknikal Gred 54, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri

18) Tahun 2015 – 2017      : Pengarah Seksyen Teknikal Gred Jusa C, Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri

19) Tahun 2017 – 2019      : Pengarah Pemantauan Prestasi Projek, Cawangan Jalan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1993 dan 2003
2. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR (API) 2009
3. Penerima Anugerah Pencapaian Istimewa JKR (API) 2010
4. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) 1998
5. Darjah Indera mahkota Pahang (DIMP) 2015
6. Darjah Kebesaran Johan Setia Mahkota (JSM) 2015

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
2. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
3. Jurutera Profesional, Institut Jurutera Malaysia
4. Road Engineering Association of Asia & Australia
5. Road Engineering Association of Malaysia
6. Institute of Value Management Malaysia
7. ASEAN Chartered Profesional Engineer

c) Lain – Lain Kelayakan Kekompetenan
1. Fasilitator Makmal Pengurusan Nilai Peringkat Kejuruteraan Nilai (Value Engineering) JKR
2. Engineering Technology Accreditation Council (ETAC) Panel of Evaluator

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional 1993
2. Anugerah Pengurusan Pembinaan Terbaik 2009
3. Anugerah Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2011

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Setiausaha REAM Education Fund
2. Setiausaha REAM Gala Dinner Organizing Committee
3. AJK Kelab Golf Kerja Raya (KGKR)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar YBHG. DATO’ IR. DR. HJ. ADANAN SUKRI BIN MUSA dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.