Date: Jumaat, September 27, 2019

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ IR. DR. MEOR ABDUL AZIZ BIN HAJI OSMAN, KETUA PENGARAH KERJA RAYA, JABATAN KERJA RAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Oktober 2019.

YBhg. Dato’ Ir. Dr. Meor Abdul Aziz bin Haji Osman mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di JKR Pahang pada 1 September 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1985 : JuruteraTapak, JKR Pahang
  2. Tahun 1986 - 1991 : Jurutera Daerah, JKR Jerantut, Pahang
  3. Tahun 1991 - 1993 : Jurutera Awam, Cawangan Pengurusan, Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 1993 - 1999 : Jawatan Kumpulan
  5. Tahun 1999 - 2000 : Jurutera Awam Kanan, Bahagian Perancangan Jalan, KKR
  6. Tahun 2000 - 2003 : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Struktur dan Kejuruteraan Pakar
  7. Tahun 2003 - 2008 : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Pangkalan Udara & Maritim
  8. Tahun 2008 - 2016 : Pengarah Cawangan Pangkalan Udara & Maritim
  9. Tahun 2016 - 2017 : Pengarah Kanan Cawangan Jalan
  10. Tahun 2017 - April 2019 : Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya Sektor Infra
  11. April  - September 2019  : Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan

  1. Tahun 1986 : Sijil Perkhidmatan Cemerlang
  2. Tahun 1990 : Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)
  3. Tahun 2005 : Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (KKR)
  4. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

b)  Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Registered Professional Engineer (Reg No 18224) (P. Eng) with Board of Engineers Malaysia (BEM)
  2. Member Professional Engineer with Institution of Engineers Malaysia (IEM) (M93882)
  3. Member of Road Engineering Association of Malaysia (REAM)
  4. Ahli Pertubuhan Pegawai-pegawai Profesional JKR (PROTEM)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
  2. Presiden Road Engineering Association of Malaysia (REAM)
  3. Exec Council of The World Road Association - PIARC
  4. Ahli Japan Institute of Civil Engineering (JICE)
  5. Ahli International Maritime Organization (IMO)
  6. Ahli Malaysia Structural Steel Association (MSSA)
  7. Ahli Technical Committee Concrete and Concrete Products - SIRIM Berhad
  8. Ahli Jawatankuasa Lembaga Getah Malaysia
  9. Ahli Jawatankuasa Malaysia-Singapura Joint Committee on Environment (MSJCE), Di Bawah Jabatan Alam Sekitar


YBhg. Dato’ telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar YBHG. DATO’ Ir. Dr. MEOR ABDUL AZIZ BIN HAJI OSMAN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga YBhg. Dato’ dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.