Date: Jumaat, Mei 17, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ IR. HAJI AHAMEED TARMIZI BIN RAMLI, PENGARAH, JABATAN KERJA RAYA NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 17 Mei 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam di Cawangan Cawangan Rekabentuk Dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia (Unit Jambatan) pada 23 Januari 1984. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1984 - 1984   : Jurutera Awam, Cawangan Cawangan Rekabentuk Dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKR Malaysia (Unit Jambatan)

2) Tahun 1984 – 1986        : Jurutera Awam, Cawangan Jalan (Unit Jambatan), Ibu Pejabat JKR Malaysia

3) Tahun 1986 – 1988        : Jurutera Awam, Projek Jalan, Teluk Intan - Lumut Perak

4) Tahun 1988 – 2003        : Jurutera Awam, Unit Sivil dan Struktur, Cawangan Kerja Tentera, Ibu Pejabat JKR Malaysia

5) Tahun 2003 – 2004        : Jurutera Awam, Unit Sivil dan Struktur, Cawangan Kerja Bangunan Am,  Ibu Pejabat JKR Malaysia

6) Tahun 2004 – 2007        : Jurutera Awam Kanan, Unit Sivil dan Struktur, Cawangan Kerja Bangunan Am , Ibu Pejabat JKR Malaysia

7) Tahun 2007 – 2009       : Jurutera Awam Penguasa, Bahagian Jambatan, Cawangan Kejuruteraan Awam, Struktur dan Jambatan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

8) Tahun 2009 – 2018        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Bahagian Maritim, Cawangan Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2018 – 2019        : Pengarah JKR Negeri Perak                              

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Darjah Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P)
2. Anugerah Pengurusan Projek Terbaik (Tempat Ketiga) Tahun 2016
3. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2013
4. Anugerah Johan HOPT Terbaik Tahun 2013
5. Anugerah Johan Pasukan Pengurusan Pembinaan Projek CIQ Melaka Tahun 2010
6. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR(API) Tahun 2010
7. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2003
8. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1994
9. Anugerah Khidmat Cemerlang – Cawangan Kerja Tentera Tahun 1991
10. Anugerah Khidmat Cemerlang – Cawangan Kerja Tentera Tahun 1990

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia (No. Pendaftaran : C113633)

c) Lain – Lain Kelayakan Kekompetenan
1. Ketua Auditor SPK
2. Pensijilan Jurutera Awam JKR dalam Kejuruteraan Maritim Tahap 4
3. Pensijilan Jurutera Awam JKR dalam Kejuruteraan Struktur Jambatan Tahap 4

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur SUKMA Perak 2018
2. Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Bagi Draf Rancangan Tempatan di Negeri Perak
3.  Pengerusi Jawatankuasa Permainan Raqbi, MAKSAK Perak
4. Ahli Jawatankuasa Bantahan dan Pendengaran Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan di Negeri Perak
5.  Ahli Jawatankuasa Perancang Negeri Perak
6. Anggota Majlis Sukan Negeri Perak
7. Jawatankuasa Kerja Tindakan Negeri Perak
8. Jawatankuasa Hari Kebangsaan
9. Jawatankuasa Hari Keputeraaan Sultan Perak
10. Ahli Lembaga Tender Persekutuan Negeri Perak
11. Ahli Lembaga Tender Negeri Perak
12.Jawatankuasa yang dilantik dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri / Persekutuan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar YBHG. DATO’ IR. HAJI AHAMEED TARMIZI BIN RAMLI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.