Date: Selasa, Jun 25, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATO’ Ir. HAJI HAMDAN BIN ALI yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 25 Jun 2024.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J5) di JKR Kuala Pilah pada 19 September 1985. Beliau telah berkhidmat lebih 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1994: Pembantu Teknik (J5), JKR Kuala Pilah
  2. Tahun 1997-2001: Jurutera Awam (J3), Universiti Malaysia Sabah
  3. Tahun 2001-2004: Jurutera Bangunan (J41), JKR Muar, Johor
  4. Tahun 2004-2007: Ketua Cawangan PKK, Seremban, Negeri Sembilan (J44), Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
  5. Tahun 2007-2008: Jurutera Jalan (J48), JKR Johor Bahru 
  6. Tahun 2008-2009: Jurutera Daerah (J48), JKR Batu Pahat, Johor Bahru
  7. Tahun 2009-2009: Jurutera Awam (J48), Jurutera Projek Persimpangan Bertingkat
  8. Jalan Datin Halimah JKR, Johor Bahru
  9. Tahun 2009-2015: Jurutera Daerah (J48), JKR Kluang, Johor Bahru
  10. Tahun 2015-2016: Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Bangunan (J52), Ibu Pejabat JKR Johor Bahru 
  11. Tahun 2016-2017: Pengurus Besar Pembinaan (J52), Pasukan Projek Jalan Lingkaran Tengah, Seremban 
  12. Tahun 2017-2018: Jurutera Awam Penguasa (J52), Pasukan Projek Khas 2, Sabah
  13. Tahun 2018-2018: Jurutera Daerah (J52), JKR Kinta, Perak
  14. Tahun 2019-2019: Pengarah (J52), JKR Perlis
  15. Tahun 2020-2020: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Ketua Pasukan Projek Persekutuan Negeri Perak, Ibu Pejabat JKR Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  16. Tahun 2020-2022: Timbalan Pengarah (J54), JKR Negeri Perak
  17. Tahun 2022-2024: Pengarah (Jusa C), JKR Negeri Perak

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah;

a) Kelayakan Profesional

  • Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia

b) Lain-Lain Kekompetenan

  • Rekabentuk Struktur Jambatan

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Pelantikan Sebagai Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM) JKR Negeri Perak
  • Pelantikan Ketua Pegawai Digital (CDO) Bagi Jabatan Kerja Raya Negeri berkuatkuasa 14 Januari 2022.
  •  Pelantikan Sebagai Ahli Jawatankuasa Penilaian Tuntutan Quantum Meruit Bagi Projek Perancangan Tapak Kediaman Anggota Kerajaan / Awam (Taman Kinta Perdana) di Mukim Sungai Terap, Daerah Kinta berkuatkuasa 7 Jun 2022.
  • Pelantikan Sebagai Ahli Tetap Jawatankuasa Perancang Wilayah Bagi Negeri-Negeri Di Utara Semenanjung Malaysia (Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis) (JPW PEKA) Di Bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) berkuatkuasa 5 Julai 2022.
  • Pelantikan Sebagai Ahli Lembaga Perolehan Persekutuan Peringkat Negeri (LPPN) Perak berkuatkuasa Ogos hingga Oktober 2022.
  • Pelantikan Sebagai Pegawai Pengurus P.065 Ipoh Barat Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 berkuatkuasa 20 Oktober 2022.
  • Jawatankuasa yang dilantik dari masa ke semasa oleh Kerajaan Negeri / Persekutuan.
  • Menyumbang artikel bertajuk : Enrich Architecture Via VM methodology, Tools & Techques, IVMM Newsletter (2019).

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), Tahun 2013
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), Tahun 2010
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC), Tahun 2003
  • Pingat Darjah Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P) dianugerahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan (2023)
  • Pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong
  • Pingat Jubli Perak (P.J.P) dianugerahkan Oleh Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan (1993).
  • Juara Pengurusan JKR Daerah Terbaik Malaysia : JKR Daerah Kluang Johor (2013)
  • Juara Pengurusan JKR Daerah Terbaik Malaysia : Pejabat Pendidikan Daerah Kluang, Johor (2013)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBHG DATO’ Ir. HAJI HAMDAN BIN ALI dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"