Date: Khamis, Februari 11, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATO’ Ir. SHAHABUDDIN BIN MOHD MUHAYIDIN, PENGARAH JKR NEGERI SELANGOR, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 13 FEBRUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (Gred J3) di Unit JKR Felda Pahang, Temerloh, KKRM pada 16 April 1991. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1991 - 1994 : Jurutera Awam (Gred J3), Unit JKR Felda Pahang, Temerloh, KKRM
  2. Tahun 1994 - 2002 : Jurutera Awam (Gred J3), Kementerian Dalam Negeri, Kuala Lumpur
  3. Tahun 2002 - 2005 : Jurutera Awam (J41), JKR Wilayah Persekutuan Putrajaya
  4. Tahun 2005 - 2007 : Jurutera Awam (J41), Cawangan Kerja bangunan Am, IPJKR
  5. Tahun 2007 - 2007 : Jurutera Awam (J44), JKR Negeri Kedah
  6. Tahun 2007 – 2009 : Jurutera Awam (J44 Memangku J48),Cawangan Kerja Pendidikan, IPJKR
  7. Tahun 2009 - 2014 : Jurutera Awam (Kader) (J48), Kementerian Luar Negeri (Projek Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad, Pakistan)
  8. Tahun 2014 - 2015 : Jurutera Awam (J48), Cawangan Kerja Bangunan Am, IPJKR
  9. Tahun 2015 – 2018 :Jurutera Daerah, JKR Daerah Hulu Langat
  10. Tahun 2018-2019 : Pengarah, JKR Negeri Pulau Pinang
  11. Tahun 2019 – 2021 : Pengarah (JUSA C), JKR Negeri Selangor

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Professional Engineer (Ir.) berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Member of Institution of Engineers Malaysia (IEM)

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan;

  1. Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO)

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  2. Lembaga Perolehan Negeri
  3. Lembaga Perolehan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
  4. Ahli Perbadanan Adat dan Warisan (PADAT)
  5. Jawatankuasa Majlis Sukan Anggota Kerajaan Negeri (MAKSAK)
  6. Yang Dipertua Kelab Sukan JKR Selangor

d) Sumbagan dalam Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Sahabat Gerah SPRM – No. : 0049800 ( Ogos 2017 – Kini)

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 1997
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2008
  3. Bintang Cemerlang Negeri (BCN) 2019
  4. Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) 2020

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBhg. Dato’ Ir. Shahabuddin bin Mohd Muhayidin dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"