Date: Isnin, Julai 1, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ IR. SHUIB BIN TABRI, PENGARAH KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Jul 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Elektrik di Kementerian Pertahanan pada 14 Mei 1982. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;


1) Tahun 1982 - 1991        : Jurutera Elektrik, Kementerian Pertahanan

2) Tahun 1991 – 1995        : Jurutera Elektrik, Unit Turnkey JKR

3) Tahun 1995 – 1998        : Jurutera Elektrik Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

4) Tahun 1999 – 2001        : Jurutera Elektrik Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

5) Tahun 2001 – 2003        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Projek SMIDEC, MITI

6) Tahun 2003 – 2006        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Pengurusan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

7) Tahun 2006 – 2014        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Unit Komunikasi Khidmat Nasihat Teknikal, Cawangan Kerja Bangunan Am, Ibu Pejabat JKR Malaysia

8) Tahun 2014 – 2016        : Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Ketua Pasukan Projek HODT CKBA1, Ibu Pejabat JKR Malaysia

9) Tahun 2016 – 2017        : Pengarah Rekabentuk, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia

10) Tahun 2017 – 2019      : Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia


Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dan Pengiktirafan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2005 (Kementerian Kerja Raya)
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur yang membawa gelaran Dato’.

b)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;
1. Professional Engineer With Practising Certificate ( PEPC ) ( C111041)
2. Asean Chartered Professional Engineer (ACPE ) ( ACPE – 02824 / my )

c)  Lain-lain kelayakan kekompetenan seperti berikut;
1. Registered Program Director (RPD) (M0038/12)

d) Sumbangan dan Kegiatan Tugas Rasmi
1. Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik (AIPP) Tahun 2018
2. Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
                   i.        Lampu Isyarat Pintar – Johan (Kategori Pengurusan)
                  ii.        Smart Pro Estimator – Naib Johan ( Kategori Pengurusan)   
                 iii.        Soket Haba – Naib Johan (Kategori Teknikal)
3. Anugerah Inovasi Pengurusan Pejabat Terbaik (AIPP)2018 – tempat ke 3
4. Johan Anugerah Inovasi ICT (AIICT) 2018

e) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Ahli Kelab KGPA
2. JKK Persatuan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBHG. DATO’ IR. SHUIB BIN TABRI dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.