Date: Jumaat, March 15, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO’ SRI IR. DR. ROSLAN BIN MD TAHA, KETUA PENGARAH KERJA RAYA, JABATAN KERJA RAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 Mac 2019.

YBhg. Dato’ Sri mula berkhidmat sebagai Jurutera Makmal dan Geoteknik di Unit Makmal JKR Ibu Pejabat pada 2 Ogos 1982. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, YBhg. Dato’ Sri telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1983    : Jurutera Makmal dan Geoteknik, Unit Makmal JKR Ibu Pejabat.

2) Tahun 1983 - 1990         : Jurutera Awam, JKR Unit Felda/ Johor Utara/ Bahau           

3) Tahun 1991 – 1995        : Jurutera Awam, Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR

4) Tahun 1999 – 2003        : Jurutera Awam Kanan, Unit Alam Sekitar, Cawangan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR

5) Tahun 2003 – 2007        : Pengarah Cawangan Alam Sekitar, Ibu Pejabat JKR

6) Tahun 2007 – 2013        : Pengarah JKR Negeri Sembilan

7) Tahun 2013 – 2015       : Pengarah Cawangan Alam Sekitar dan Tenaga, Ibu Pejabat JKR

8) Tahun 2015 – 2016        : Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), Ibu Pejabat JKR

9) Tahun 2016 – 2019        : Ketua Pengarah Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, YBhg. Dato’ Sri telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah
1. Anugerah Khidmat Cemerlang (APC); Tahun 1994, 2000 dan 2009
2. Ahli Mangku Negara (AMN), 2006
3. Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS), 2008
4. Darjah Dato Paduka Negeri Sembilan (DPNS), 2010
5. Honorary Member of ASEAN Federation of Engineering Organisations, 2012
6. Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), 2016
7. Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM), 2016
8. Fellow of ASEAN Federation of Engineering Organisation (AFEO), 2018
9. Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM), 2018

b)  Jawatan yang disandang dalam Pertubuhan
1. Presiden Lembaga Jurutera Malaysia (BEM)
2. Presiden Malaysian Structural Steel Association (MSSA)
3. Presiden Kelab Golf Kerja Raya
4. First Delegate of Malaysia – The World Road Association – PIARC
5. Chair, Network of Accreditation Bodies for Engineering Education in Asia (NABEEA)
6. Chair, National Monitoring Committee Malaysia
7. Timbalan Presiden Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA)
8. Presiden Road Engineering Association of Malaysia (REAM)
9. Naib Presiden MAKSAK
10. Naib Presiden Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)
11. Ahli Lembaga Pengarah LLM
12. Ministerial Committee Construction Industry Transformation Programme (CITP)
13. Ahli Majlis Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
14. Ahli Tetap Majlis Standart dan Akreditasi Malaysia (MSDAM)
15. Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Pembinaan BLT Sdn Bhd
16. Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif Jambatan Kedua Sdn Bhd
17. Fellow Member The ASEAN Federation of Engineering Organisation (AFEO)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
1. Penasihat Industri untuk Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar serta Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
2. Penasihat Jawatankuasa Perundangan Lembaga Jurutera Malaysia.
3. Penasihat Member Road Engineering Association of Malaysia (REAM).
4. Member Institute of Engineers Malaysia dan aktif dalam aktiviti alam sekitar.
5. Penceramah tetap CIDB.
6. Telah membentangkan lebih dari 30 kertas kerja di dalam dan luar negara.
7. Penceramah Alam Sekitar di INTAN Bukit Kiara.
8. Setiausaha Agung Kelab Sukan (2000-2003)
9. Penglibatan Forum ‘Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Sejagat’ anjuran Kelab Warga Maju Kuala Lumpur.
10. Timbalan Pengerusi Institution of Engineers, Negeri Sembilan Branch (2007-2009)
11. Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Negeri Sembilan (2007-2013)
12. Presiden Bola Sepak JKR Negeri Sembilan serta Ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (2007-2008)
13. Ex-Officio (Pembangunan) Seremban International Golf Club, Negeri Sembilan (2007-2013)
14. Ketua Misi Team Mercy JKR/KKR Misi Bantuan Banjir ke Pantai Timur (2014-2015)

YBhg. Dato’ Sri telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar YBHG. DATO’ SRI IR. DR. ROSLAN BIN MD TAHA dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga YBhg. Dato’ Sri dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.

JASA DIKENANG, BUDI DISANJUNG