Date: Isnin, Jun 15, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATO' ABDUL KARIM BIN MOHD TAHIR, PENGARAH BAHAGIAN BEKALAN AIR, KEMENTERIAN ALAM SEKITAR DAN AIR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 JUN 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera di Ibu Pejabat Jabatan Bekalan Air (JBA) Selangor pada 1 Mac 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera, JBA Selangor
  2. Tahun 1990 - 1997 : Jurutera Jalan, JKR Daerah Klang, Selangor
  3. Tahun 1997 - 2001 : Jurutera Jalan, Ibu Pejabat JKR Selangor
  4. Tahun 2001 - 2006 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Sabak Bernam, Selangor
  5. Tahun 2006 - 2007 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Seremban, Negeri Sembilan
  6. Tahun 2007 - 2007 : Ketua Penolong Pengarah (Bangunan), JKR Negeri Sembilan
  7. Tahun 2007 - 2008 : Ketua Penolong Pengarah (Jalan), JKR Negeri Sembilan
  8. Tahun 2008 - 2009 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, IP JKR
  9. Tahun 2009 - 2013 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR
  10. Tahun 2013 - 2019 : Pengarah JKR Negeri Sembilan
  11. Tahun 2019 - 2020 : Pengarah Bahagian Bekalan Air, Kementerian Alam Sekitar dan Air

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Darjah Setia Bakti Negeri Sembilan (DBNS), Negeri Sembilan - 2017
  2. Ahli Mahkota Selangor (AMS), Selangor - 2006
  3. Pingat Jasa Kebaktian (PJK), Selangor - 1999
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebagai Pengarah JKR Negeri Sembilan - 2016
  5. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Malaysia - 2009
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Sembilan - 2007
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Selangor - 1992, 1993 dan 2002

b) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan;

  1. Honorary Member of The Institution of Engineers, Malaysia 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Malaysian Water Engineers Action Committee (MyWAC)

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Penaung Kelab Sukan dan Kebajikan Air Putrajaya, 2019-2020
  2. Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Negeri Sembilan, 2012-2019 
  3. Ahli Majlis Perbandaran Nilai, 2014-2018
  4. Setiausaha Majlis Sukan JKR/JBA Malaysia, 2012-2013
  5. Yang Di Pertua Kelab Sukan Ibu Pejabat JKR Negeri Sembilan, 2007-2008
  6. Timbalan Yang Di Pertua Kelab Sukan JKR Negeri Sembilan, 2007-2008
  7. Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Negeri Sembilan, 2006-2007
  8. Yang Di Pertua Kelab Sukan dan Kebajikan JKR Sabak Bernam, 2001-2006
  9. Timbalan Yang Di Pertua Kelab Sukan Kebajikan JKR Klang, 1991-1997
  10. Setiausaha Kehormat Kelab Sukan JBA Selangor, 1985-1990

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBHG. DATO' ABDUL KARIM BIN MOHD TAHIR dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.