Date: Isnin, Ogos 3, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATO' Ir. HAJI JAMILOL NASIR BIN SAAD, PENGARAH UNIT PERANCANG EKONOMI, JABATAN PERDANA MENTERI yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 OGOS 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Unit Lapangan Terbang, Ibu Pejabat JKR pada 5 September 1983. Sepanjang 37 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1983 - 1984 : Jurutera Awam, Unit Lapangan Terbang, Ibu Pejabat JKR, Kuala Lumpur
  2. Tahun 1984 - 1992 : Jurutera Kerja Air,  JKR Daerah Kulim/ Bandar Baharu, Kedah
  3. Tahun 1992 - 2001 : Pen. Pengarah (Jalan), Bahagian Jalan JKR Perak
  4. Tahun 2001 - 2004 : Jurutera Kerja Kanan, Projek Jalan Pos Slim-Lojing Fasa 2
  5. Tahun 2004 - 2005 : KPP Jalan, Bhgn Jalan JKR Perak
  6. Tahun 2005 - 2006 : Pen. Pengarah Kanan, Caw. Alam Sekitar
  7. Tahun 2006 - 2006 : Pen. Pengarah Kanan, Projek Membaikpulih Jejambat MRR2
  8. Tahun 2006 - 2007 : Pen. Pengarah Kanan, PROKOM, IP JKR, KL
  9. Tahun 2007 - 2007 : Jurutera Daerah, JKR Petaling, Selangor
  10. Tahun 2007 - 2011 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, IP JKR
  11. Tahun 2011 - 2014 : Timbalan Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, JPM
  12. Tahun 2014 - 2016 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Perak
  13. Tahun 2016 - 2017 : Pengarah, JKR Negeri Perak
  14. Tahun 2017 - 2020 : Pengarah, Unit Perancang Ekonomi, JPM

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional berdaftar dengan Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Berdaftar sebagai Master Project Director (MPD) 
  3. Pengurus Projek Pembinaan CIDB
  4. ISO 9001 QMS Lead Auditor 
  5. ISO 14001 EMS Lead Auditor
  6. Sijil Perakuan Pengiktirafan Rakan Pembimbing Perkhimatan Awam Malaysia       
  7. Sijil Perakuan Pensijilan Jurutera Awam JKR – Environmental Engineering Tahap 4

b) Anugerah dan Pengiktirafan;

  1. Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (D.P.M.P.) - 2017
  2. Darjah Ahli Mahkota Perak (A.M.P.) -2003
  3. Anugerah Khas JUSA, MEA - 2019
  4. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2008
  5. Anugerah Sijil Warga Berdedikasi Tinggi, KKR – 2004
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 2003
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - 1997

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi;

  1. Jawatankuasa Pelantikan Peruding Asing (JPPA)
  2. Jawatankuasa Sebut Harga EPU, JPM
  3. Jawatankuasa Standard dan Kos EPU - Garis Panduan dan Peraturan Perancangan Bangunan Edisi 2015
  4. Jawatankuasa Pendengaran Awam JPBD Perak
  5. Jawatankuasa Induk & Task Force SUKMA ke 19
  6. Jawatankuasa Induk Majlis Menghafaz Al Quran Kebangsaan ke 37

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi;

  1. Naib Yang DiPertua MAKSAK Perak 2017
  2. Pengerusi Ragbi MAKSAK Perak 2017/2018
  3. AJK Pengurusan Wakaf MAIPK 2017
  4. AJK Pengurusan Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh (link is external) 2017
  5. Timb. Pengerusi, Reception & Protocol Committee, MRC 2007
  6. Timb. YDP, PIBG, SBP Integrasi Gopeng, 2006-2008

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan DATO' Ir. HAJI JAMILOL NASIR BIN SAAD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.