Date: Selasa, November 8, 2016
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti kepada YBhg Dato' Ir. Jayawant A/L Vithal, Pengarah, Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) yang akan bersara sebagai penjawat awam pada 09 November 2016.
 
YBhg Dato' Ir. Jayawant A/L Vithal  telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1980. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat di beberapa tempat, antaranya Cawangan Pelajaran, JKR Daerah Raub, JKR Daerah Jerantut, JKR Daerah Kemaman dan Jabatan Bekalan Air Negeri Pahang.
 
Beliau telah mencurahkan, jasa dan bakti yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau. Selamat maju jaya dan Selamat Bersara.