Date: Jumaat, Februari 28, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBHG. DATO' Ir. MOHAMAD SAHIMI BIN HAJI ARSHAD, PENGARAH PEMBINAAN, PASUKAN PROJEK KHAS 1, SEKTOR BANGUNAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mac 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam di Kementerian Pengangkutan Malaysia pada 26 April 1982. Sepanjang 38 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1982 - 1983 : Jurutera Awam, Kementerian Pengangkutan Malaysia
  2. Tahun 1983 - 1990 : Jurutera Awam (Jalan), Jabatan Kerja Raya Selangor 
  3. Tahun 1990 - 1992 : Jurutera Awam, Cawangan Kerja Dalam Negeri, JKR Malaysia
  4. Tahun 1992 - 1997 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Raub, Pahang
  5. Tahun 1997 - 2000 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Hilir Perak, Perak
  6. Tahun 2000 - 2005 : Jurutera Kerja Kanan, Projek UIAM Kuantan, Pahang
  7. Tahun 2005 - 2006 : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuantan, Pahang
  8. Tahun 2006 - 2011 : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Pahang
  9. Tahun 2011 - 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi, IP JKR Malaysia
  10. Tahun 2016 - 2020 : Pengarah Pembinaan, Pasukan Projek Khas 1, Ibu Pejabat JKR 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan antaranya;

a) Pengiktirafan Kelayakan Profesional dan Kekompetenan

  1. Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia 
  3. Certified MS ISO 9001 - Lead Auditor
  4. Certified MS ISO 9001 -  Internal Auditor

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

    APC

  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 1996
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2000
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2006
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2007
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2013
  • Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) Tahun 2017

   Pingat

  • Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP)
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Perolehan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia
  2. Ahli Lembaga Perolehan Universiti Malaya
  3. Bendahari Kelab Sukan Cawangan Pendidikan Dan Pengajian Tinggi
  4. Ahli Panel Tokoh JKR Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi
  5. Ahli Jawatankuasa Penilaian Perunding Ukur Tanah dan Alam Sekitar Cawaangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi
  6. Ahli Penemuduga untuk Institut Jurutera Malaysia
  7. Ahli Lembaga Sebut Harga Jabatan

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBhg. DATO' Ir. MOHAMAD SAHIMI BIN HAJI ARSHAD dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.