Date: Jumaat, Februari 5, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti DATUK Ir. HJ. RUSLAN BIN ABDUL AZIZ, PENGARAH KANAN CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 1, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 06 FEBRUARI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam (Gred A18) di Pusat Komputer, Cawangan Pengurusan, IPJKR pada 11 September 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1985 : Jurutera Awam (Gred A18), Pusat Komputer, Cawangan Pengurusan, IPJKR
  2. Tahun 1985 - 1988 : Jurutera Struktur (Gred A18), Cawangan Rekabentuk, IPJKR
  3. Tahun 1988 - 1990 : Jurutera Jalan (Gred A18), Bahagian Jalan, Ibu Pejabat JKR Johor
  4. Tahun 1990 - 1992 : Jurutera Bangunan (Gred A18), JKR Daerah Kota Tinggi, Johor.
  5. Tahun 1992 - 1996 : Jurutera Tapak (Gred A11), Projek Hospital Universiti, Kuala Lumpur
  6. Tahun 1997 - 1997 : Structural Design Engineer, Curtins Consulting Engineers, Birmingham, United Kingdom
  7. Tahun 1998 - 2000 : Penolong Pengarah (J3), JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  8. Tahun 2001 - 2003 : Atache Pembangunan, Kementerian Luar Negeri, Projek Pembinaan Bangunan Kedutaan Malaysia,Kuwait
  9. Tahun 2003 – 2004 :Penolong Pengarah, Cawangan Bangunan Am, IPJKR
  10. Tahun 2004-2007 : Ketua Penolong Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
  11. Tahun 2007 – 2008 : Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Sistem Pengurusan Bersepadu, IPJKR
  12. Tahun 2008 – 2009 : Pegawai Khas Teknikal kepada YB Menteri Kerja Raya, Pejabat Menteri Kerja Raya Malaysia, Kementerian Kerja Raya Malaysia
  13. Tahun 2009 – 2011 : Pengurus Besar Pembinaan (J52), Pasukan Projek Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Selangor
  14. Tahun 2011 – 2016 : Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Unit Pengurusan Projek 3 – HOPT 3, Cawangan Kerja Kesihatan, IPJKR
  15. Tahun 2016 – 2016 : Ketua Penolong Pegarah Kanan (Awam), Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, IPJKR
  16. Tahun 2016 – 2017 : Pengarah JKR Negeri Melaka, JKR Negeri Melaka
  17. Tahun 2017 – 2019 : Pengarah JKR Selangor, JKR Negeri Selangor
  18. Tahun 2019 – 2020 : Pengarah Kanan, Cawangan Jalan, IPJKR
  19. Tahun 2020 – 2021 : Pengarah Kanan, Cawangan Kerja Am 1, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Lembaga Jurutera Malaysia, Jurutera Profesional (Ir.) C110755
  2. Road Engineering Association Malaysia – Ahli
  3. SEAN Chartered Professional Engineer – Ahli

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan;

  1. Certified ISO 9001 QMS Lead Auditor

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga, Lembaga Jurutera Malaysia (2017-2020), peringkat Negara dan Antarabangsa
  2. Setiausaha  Lembaga Jurutera Malaysia ( 2007-2017) peringkat Antarabangsa
  3. Setiausaha Lembaga Jurutera Malaysia (2007- 2017) peringkat Negara
  4. Setiausaha (2002–2004) Malaysian Association Kuwait (MAK) di bawah naungan Kedutaan Malaysia
  5. Delegasi Malaysia di International Road Conference, Seoul, Korea (1998)
  6. Bendahari Kelab Sukan JKR WPKL (1993-2000)
  7. Ketua Kontingen Kelab Sukan JKR Johor (1991)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Augerah Khidmat Cemerlang 1996
  2. Anugerah Khidmat Cemerlang 2005
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang 2006
  4. Kesatria Mangku Negara (K.M.N) 2015
  5. Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) 2017

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBhg. Datuk Ir. Hj. Ruslan Bin Abdul Aziz dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"