Date: Jumaat, Februari 9, 2024

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBhg. DATUK Ir. ISMAIL BIN ABD RAHMAN yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 12 Februari 2024.

Beliau memulakan kerjaya di Jabatan Kerja Raya sebagai Pembantu Teknik (Awam) di JKR Wilayah Persekutuan pada 6 September 1985, manakala penempatan terakhir adalah sebagai Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka. Beliau telah berkhidmat lebih 39 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1985:  Pembantu Teknik (Awam), JKR Wilayah Perseketuan
  2. Tahun 1985-1986: Pembantu Teknik (Awam), (KADER) Ibu Pejabat Jabatan Pertanian Malaysia
  3. Tahun 1987-1994: Pembantu Teknik (Awam), CKDN IPJKR Malaysia
  4. Tahun 1997-2004: Pembantu Teknik (Awam),Bahagian Rekabentuk Sivil Cawangan Struktur & Kejuruteraan Pakar, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  5. Tahun 2004-2009: Jurutera Awam (J41), Unit Sivil & Struktur, Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  6. Tahun 2009-2016: Penolong Pengarah Kanan (J48), Bahagian Kejuruteraan Awam, Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  7. Tahun 2016-2017: Jurutera Awam Penguasa (J52), Bahagian Khidmat Pakar & Forensik, Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Ibu Pejabat JKR Malaysia
  8. Tahun 2017-2019: Jurutera Daerah (J52), JKR Daerah Melaka Tengah
  9. Tahun 2019-2024: Pengarah (J54), JKR Negeri Melaka

Beliau juga telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan sepanjang puluhan tahun perkhidmatan. Antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  • Professional Engineer With Practicing Certificate, Board of Engineering Malaysia
  • Senior Member Insitute Engineer of Malaysia (SIEM)

b) Lain- lain Kekompetenan

  • Sijil Tahap Kepakaran Civil Works Engineering Tahap 4 JKR Malaysia
  • Certified My CRES Qualified Assessor JKR

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  • Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
  • Ahli Lembaga Pengarah Perbadangan Perpustakaan Melaka
  • Ketua Penyelidik Bagi Kajian Alternative Rapid Ground Treatment Solution Using Polyurethane Prefabricated Flatbed

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  • Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin Insan
  • Fellow Institute Cenre Of Tropical Geoengineering (Geotropic) UTM

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  • Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) Melaka 2019
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Melaka 2022
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Negeri Melaka 2018
  • Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) 2016
  • Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC) 2014
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 2008
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 1999
  • Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (JKR) 1990

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia sekali lagi mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih di atas keringat, tenaga serta idea dalam memastikan kelangsungan visi dan misi jabatan. Semoga YBhg. DATUK Ir. ISMAIL BIN ABD RAHMAN dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"