Date: Selasa, Julai 6, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBHG. DATUK Ir. RAZDWAN BIN KASIM, TIMBALAN KETUA PENGARAH KERJA RAYA (SEKTOR PAKAR), JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 07 JULAI 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Jentera Tingkatan Biasa (A18/A11) di Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR pada 07 Oktober 1985. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985: Jurutera Jentera Tingkatan Biasa (A18/A11), Cawangan Bekalan Air, IPJKR
  2. Tahun 1991: Jurutera Tingkatan Biasa (A18/A11), JKR Woksyop Pahang
  3. Tahun 1997: Jurutera Mekanikal (J3), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  4. Tahun 2003: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  5. Tahun 2003: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Pangkalan Udara & Maritim, IPJKR
  6. Tahun 2005: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  7. Tahun 2006: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kerja Kesihatan, IPJKR
  8. Tahun 2006: Jurutera Mekanikal Kanan (J48), Cawangan Kerja Mekanikal, IPJKR
  9. Tahun 2008: Jurutera Mekanikal Penguasa (J52), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  10. Tahun 2009: Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  11. Tahun 2017: Pengarah Khidmat Pakar (Gred Utama C), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  12. Tahun 2018: Pengarah Kanan (Gred Utama B), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  13. Tahun 2020: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) (Gred Utama A), Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya
  14. Tahun 2021: Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Pakar) (Gred Utama A), Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. P.Eng (Registered Professional Engineer With Practicing Certificate, Board Engineer of Malaysia )
  2. ASEAN Chartered Professional Engineer, ACPECC (ACPE – 02590/MY)

b) Kelayakan Kekompetenan, Sumbangan dan Penglibatan

  1. Sumbangan Konvensyen KeDua KMK, JKR Malaysia, 1987
  2. Penyertaan Konvensyen KMK, Zon W.P JKR Malaysia, 1988
  3. Sumbangan dalam Program Latihan, 1989-1991
  4. Sumbangan Hari JKR 123 Tahun, 1995
  5. Pensyarah Kursus PPM_01/01/1999, 1999
  6. Pensyarah Kursus PPM_01/02/1999, 1999
  7. Pensyarah Kursus PPM_01/03/1999, 1999
  8. Sumbangan Kongres Jalan Sedunia Ke 21, 1999
  9. Sumbangan Bengkel PTK Kumpulan Prof & Sokongan I, 2003
  10. Panel Penemuduga Pegawai Kontrak JKR 2007, 2007
  11. Panel Hakim Anugerah Laman Web Terbaik JKR Malaysia, 2007
  12. Panel Temuduga J41 Kontrak, 2008
  13. Pengerusi Sesi Pembentangan Kertas Kerja, Mesyuarat Tahunan Jurutera-jurutera Mekanikal 2009
  14. Pemanggilan Projek Secara Tender 2009
  15. Panel Subjek Jabatan Jurusan Mekanikal, 2009
  16. Jawatankuasa Kecil Siasatan Salahlaku Pelaksanaan Projek Pusat Akuatik Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, JKR Malaysia, 2010
  17. Jawatankuasa Kecil Siasatan Salahlaku Pelaksanaan Projek Stadium Utama Sultan Mizan Zainal Abidin, JKR Malaysia, 2010
  18. Jawatankuasa Kerja Semakan Prosedur T&C bagi Sistem ACMV, 2010
  19. Penyertaan Bengkel Penyediaan Pekeliling Beserta Garis Panduan Perolehan Perunding bagi Projek/ Kajian Fizikal/ Bukan Fizikal Secara Tender untuk Projek RMK10, 2010
  20. Naib Presiden Kelab CKM, IP JKR (2009/2010), 2011
  21. Naib Johan Anugerah Inovasi Pengurusan Stor Alat Tulis (5S) Tahun 2011
  22. Penyertaan Program Jejak Inovasi JKR 2013, 2013
  23. Pengerusi Pembentangan Kertas Kerja Seminar Teknikal CKM, 2013
  24. Panel Penemuduga Urusan Kenaikan Pangkat Kumpulan P&P JKR Malaysia, 2013
  25. Pengerusi Panel Kajian Semula Sukatan Ujian Pembantu Kemahiran Versi 2015, 2014
  26. Ketua Panel Penemuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh 2015, 2015
  27. Naib Presiden Kelab CKM, IP JKR (2013/2015), 2015
  28. Khidmat Sebagai Moderator Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia 2015, 2015
  29. Penyelaras EKSA CKM, 2016
  30. Contribution In The Implementation of CITP, CIDB, 2016
  31. Panel Temuduga Pengajian Peringkat Sarjana & PhD 17/18, 2017

c) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Darjah Pangkuan Seri Melaka (D. P. S. M), 2020
  2. Darjah Seri Melaka (DSM), 2016
  3. Anugerah Khidmat Cemerlang (1999)
  4. Penghargaan Kertas Kerja “Improving Mech.Services in Health Care Building Projects”; (2006)
  5. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2009, (2010)
  6. Anugerah Pencapaian Istimewa JKR 2010 - Penyelia Tapak Bina Bertauliah, 2011
  7. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010
  8. Penghargaan Sumbangan Ahli Panel Subjek Jabatan 2011, 2012
  9. Penghargaan;”Subject Matter Expert”; Projek J10, 2012
  10. Penghargaan: Knowledge Café, Managing Knowledge In Your Projects, 2012
  11. Penghargaan atas kejayaan: Naib Johan Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik 2012 (Intranet), 2012
  12. Penghargaan Ahli Panel Subjek Jabatan (Mekanikal), 2012
  13. Penghargaan Ahli Panel Ujian Kemahiran Ketukangan, 2012
  14. Penghargaan Anugerah PTJ Terbaik e-Perolehan MOF 2013, 2013
  15. Penghargaan Majlis Atas Sumbangan & Kerjasama Dalam Menjayakan Pelancaran PiKAT oleh KPKR, 2013
  16. Anugerah Pengurusan Laman Web Terbaik 2013, 2013
  17. Naib Johan AIICT KKR 2014, 2015
  18. Penghargaan EKSA MAMPU 2016, 2017
  19. Penghargaan Pelanggan Sempena Lawatan Pemeriksaan Sistem Penyaman Udara di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2017
  20. Penghargaan Pelanggan Untuk Lawatan Penanda Aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), 2017
  21. Penghargaan Pelanggan Untuk Jawatankuasa Penyelaras dan Penyelenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan Tawau, 2017
  22. Penghargaan Pelanggan Untuk Kerja-kerja Penggantian Lif di Rumah Pangsa Blok 5, Taman Salak Selatan, Kuala Lumpur, 2017
  23. Penghargaan Pelanggan Untuk Kerja-Kerja Penggantian Dua (2) unit lif di Pangsapuri Kos Rendah Blok 213, Taman Sentul Utama, 5100 Kuala Lumpur, 2018
  24. Penghargaan Pelanggan Sebagai Jawatankuasa Program JKR S.T.E.M Carnival 2018, 2018
  25. Penghargaan Pelanggan Untuk Projek Menaiktaraf Sistem Penyaman Udara Berpusat serta lain-lain Peralatan di Bangunan Utama, Jabatan Kimia Malaysia, 2018
  26. Appreciation Session Chair - Asset and Project Management Conference 2019, 2019
  27. Penghargaan Pelanggan Untuk Projek Pemuliharaan dan Naiktaraf Muzium Di Raja Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, 2019
  28. Penghargaan Pelanggan Untuk Projek kerja-kerja membaikpulih dan menaiktaraf Masjid Negara Kuala Lumpur Fasa ke-2 (Reka dan Bina), 2019
  29. Penghargaan Pelanggan Untuk Projek Pembinaan Ibu Pejabat Pertahanan Awam (IPPA), Sungai Merab, Sepang, Selangor Darul Ehsan, 2019

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBHG. DATUK Ir. RAZDWAN BIN KASIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"