Date: Jumaat, Januari 8, 2016

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBhg. Dato' Ir. Azizah Binti Osman,Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunanyang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 4 Jan 2016.  Beliau telah mula berkhidmat sebagai jurutera awam pada 12 Disember 1979, iaitu dengan perkhidmatan selama lebih daripada 37 tahun.YBhg. Dato' telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya.

Diharapkan agar YBhg. Dato' dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga YBhg. Dato' dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta
mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua  bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.