Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Sr Azmah Binti Abdullah, Juruukur Bahan Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Pendidikan yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 25 Jun 2018.
Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Juruukur Bahan pada 1 April 1993 dan ditempatkan di Cawangan Kontrak & Ukur Bahan, Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang 25 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;
1 | Juruukur Bahan | J41 | Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan JKR | 1.4.1993 |
2 | Juruukur Bahan | J41 | Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR | 1.5.2003 |
3 | Juruukur Bahan | J41 | Kementerian Pertahanan | 16.6.2005 |
4 | Juruukur Bahan | J44 | Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan JKR | 1.2.2007 |
5 | Juruukur Bahan | J52 | JKR Negeri Perak | 1.5.2011 |
6 | Juruukur Bahan | J52 | Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan JKR | 3.5.2015 |
7 | Juruukur Bahan | J52 Memangku J54 | Cawangan Kerja Pendidikan | 2.5.2017 |
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;
a) Kurniaan
- Anugerah Darjah Kebesaran Kurniaan Ahli Mahkota Perak (AMP) tahun 2014
b) Anugerah dalam Perkhidmatan
1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2003
2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2009
3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 1057 bacaan