Date: Selasa, Julai 26, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsSr. ROZINA BINTI MOHD ZAFIAN, PENGARAH KANAN CAWANGAN KONTRAK DAN UKUR BAHAN yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 26 JULAI 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Juru Ukur Bahan bertempat di Unit Kejuruteraan Awam, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Malaysia,pada  Januari 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 37 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1990: Juruukur bahan , Unit Kejuruteraan Awam, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  2. Tahun 1990-2011: Juruukur Bahan (J3), Bahagian Ukur Bahan dan Kontrak, Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia
  3. Tahun 2011-2020: Juruukur Bahan (J41-J54), Unit Dasar dan Kontrak serts Bahagian Dasar dan Amalan Terbaik, Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya Malaysia
  4. Tahun 2020-2022: Pengarah (JUSA C), Bahagian Kompetensi, Pensijilan dan Akreditasi Kejuruteraan, Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR (CREaTE)
  5. Tahun 2022-2022: Pengarah Kanan (JUSA C), Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan                                                         

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Ahli Lembaga Juruukur Bahan Malaysia
  2. Ahli Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Certified Adjudicator                                           
  2. Kompetensi Pengurus Tuntutan Kontrak (Ukur Bahan) Tahap 3                                                          
  3. Kompetensi Pengurus Pentadbiran Kontrak (Ukur Bahan) Tahap 4

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Menyampaikan ceramah /memberi taklimat dalam siri jelajah di JPS, CREaTE dan agensi lain
  2. Menyediakan kertas soalan peperiksaan untuk juruteknik dan pembantu teknik (2003).
  3. Terlibat membantu Pejabat Penasihat Undang-undang Kementerian Kerja Raya dalam hal berhubung Akta dan Peraturan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012
  4. Terlibat dalam pasukan kerja yang mengkaji dan membangunkan panduan bagi pelaksanaan Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014
  5. Terlibat dalam pasukan kerja yang membangunkan Garis Panduan Penilaian Tender Kerja Kecil yang terkandung dalam PP/PK2.1
  6. Terlibat dalam pasukan kerja yang menyediakan cadangan Garis Panduan Penilaian Tender Kerja Besar yang telah dikemukakan kepada Kementerian Kewangan
  7. Terlibat dalam pasukan kerja yang mengkaji semula PP/PK3.1 – 3.10 berhubung perunding sebagaimana diarahkan oleh Kementerian Kewangan
  8. Terlibat dalam pasukan kerja yang mengkaji terma rujukan dan prosedur pelaksanaan saringan ke atas kontraktor penyiap selaras dengan PP/PK4.5 
  9. Terlibat dalam pasukan kerja yang membangunkan dokumen yang berkaitan skop perkhidmatan Perunding Utama (LC) atau sub-perunding (SC), Dokumen Pelawaan LC dan Perjanjian Perkhidmatan Perunding (CSA) LC yang diambilkira dalam PP/PK 3.11 dan melaporkan pelaksanaan projek rintis LC.
  10. Panel Penilai Program Persijilan Kompetensi Teknikal, Jabatan Kerja Raya Malaysia 2020 dan 2022
  11. Terlibat dalam pasukan kerja yang membangunkan cadangan modul kursus untuk kontraktor yang berdaftar dalam kategori pembinaan hospital dan fasiliti kesihatan (B29)
  12. Terlibat dalam pasukan kerja yang membangunkan cadangan modul kursus untuk kontraktor yang memperolehi tender bagi melaksanakan projek JKR
  13. Pengurus bagi pelaksanaan Program Pensijilan Kompetensi JKR 2021

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Jawatankuasa Wanita Pertubuhan IKRAM Kawasan Gombak
  2. Ahli Persatuan Taman Changkat Desa dan Taman Melewar Fasa Dua

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2018
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 2015
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang – 1999

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsSr. ROZINA BINTI MOHD ZAFIAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"