Date: Isnin, April 30, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. ABDUL RAZAK BIN YAACOB, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN SENGGARA FASILITI BANGUNAN, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mei 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Pembantu Teknik (Jentera) pada 2 Februari 1988 dan penempatan pertama beliau adalah di JKR Worksyop / Kuari Pusat Kampung Awah. Sepanjang 30 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1988 - 1996         : Pembantu Teknik (Jentera), JKR Worksyop / Kuari Pusat Kampung Awah

2)Tahun 1996 – 2004         : Jurutera Mekanikal, Jabatan Bekalan Air Pahang

3) Tahun 2004 – 2005        : Pengurus Mekanikal, JKR Kuari Bukit Penggorak

4) Tahun 2005 - 2006         : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR

5) Tahun 2006 - 2009         : Jurutera Mekanikal di Kementerian Pertahanan Malaysia

6) Tahun 2009 – 2011        : Jurutera Mekanikal, JKR Negeri Melaka

7) Tahun 2011 – 2013        :Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kerja Bangunan, IP JKR

8) Tahun 2013 – 2014        :Jurutera Mekanikal Penguasa, Bahagian Latihan dan Penyelidikan, Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR

9) Tahun 2014 – 2016        : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Latihan dan Inovasi, IP JKR

10) Tahun 2016 – 2018      : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, IP JKR

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.