Date: Isnin, April 30, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. AHMAD TAJUDDIN BIN MOHD YUSOF, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN AWAM DAN STRUKTUR, IBU PEJABAT JKR yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 1 Mei 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 3 Oktober 1984 dan penempatan pertama beliau adalah di JKR Daerah Hulu Perak. Sepanjang 34 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1984 - 1991         : Jurutera Awam, JKR Daerah Hulu Perak

2)Tahun 1991 – 2003         : Jurutera Awam, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

3) Tahun 2003 – 2004        :Jurutera Awam Kanan, Unit Rekabentuk Jalan Tengah/Timur, Cawangan Jalan, IP JKR

4) Tahun 2004 - 2005         : Jurutera Awam Kanan, Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar

5) Tahun 2005 - 2008         : Jurutera Awam Kanan, Cawangan Jalan, IP JKR

6) Tahun 2008 – 2011        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kuala Pilah, N. Sembilan

7) Tahun 2011 – 2016        :Jurutera Awam Penguasa, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

8) Tahun 2016 – 2018        :Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur, IP JKR

Semasa berkhidmat sebagai Jurutera Daerah di JKR Kuala Pilah, beliau telah memberi khidmat dan komitmen sepenuhnya dalam menguruskan kerja – kerja membaikpulih bagi kejadian tebing runtuh dan banjir lumpur di Jalan Seremban – Kuala Pilah (FT051) Bukit Putus yang berlaku pada 1 Mac 2009.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.