Date: Rabu, November 28, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. Ar. CHEONG LAI CHING, ARKITEK PENGUASA KANAN, BAHAGIAN REKABENTUK FASILITI KESIHATAN 1, CAWANGAN ARKITEK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 3 Disember 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Arkitek pada 25 Jun 1985 dan penempatan pertama beliau adalah di Cawangan Kerja Dalam Negeri. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1985 - 1992         : Arkitek, Cawangan Kerja Dalam Negeri
2)Tahun 1992 - 2003          : Arkitek, Cawangan Kerja Dalam Negeri
3) Tahun 2003 – 2008        : Arkitek Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am
4) Tahun 2008 – 2009        : Arkitek Penguasa, Cawangan Kerja Bangunan Am
5) Tahun 2009 – 2014        : Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am
6) Tahun 2014 – 2018        : Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Arkitek

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Kesatria Mahkota Wilayah (KMW); Tahun 2012

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1995
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagian.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.