Date: Rabu, November 17, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Ar. IBRAHIM BIN ISA, PENGARAH KANAN, CAWANGAN ARKITEK IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 20 NOVEMBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek Tingkatan Biasa (J3) bertempat di JKR Negeri Kelantan pada 23 April 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1986: Arkitek Tingkatan Biasa (J3), JKR Negeri Kelantan
  2. Tahun 1986-1989: Arkitek (J3), JKR Negeri Johor
  3. Tahun 1989-2004: Arkitek (J3), Cawangan Kerja Dalam Negeri
  4. Tahun 2004-2005: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) (J48), Projek Team Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur
  5. Tahun 2005-2006: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) (J48), Projek Team Ubahsuai Seri Perdana
  6. Tahun 2006-2007: Penolong Pengarah Kanan (Arkitek) (J48), Cawangan Kerja Bangunan Am
  7. Tahun 2007-2008: Ketua Penolong Pengarah (Arkitek) (J52), Cawangan Arkitek
  8. Tahun 2008-2018: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Bahagian Rekabentuk, Cawangan Arkitek
  9. Tahun 2018-2020: Pengarah (JUSA C), Cawangan Arkitek
  10. Tahun 2020-2021: Pengarah Kanan (JUSA B), Cawangan Arkitek

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Professional Architect, Lembaga Arkitek Malaysia

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Teknikal Majlis Perundingan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama badan professional - AJK 
  2. Jawatankuasa Perundingan Plan Malaysia bagi Pengemukaan Pelan secara Rundingan Seksyen 20A - AJK
  3. Jawatankuasa Penyediaan TOR dan CSA bagi perunding kaedah Lead Consultant - Pengerusi
  4. Jawatankuasa Penyediaan TOR perunding bagi perlaksanaan projek BIM - Pengerusi
  5. Jawatankuasa Construction Permit – Ease of doing business di MPC - AJK
  6. Jawatankuasa teknikal Permurnian Spesifikasi Piawai Untuk Kerja Bangunan 2019 - AJK
  7. Subject Matter Expert (SME) AJK Teknikal Projek ICT J10 2018 - AJK
  8. AJK (working Committee) Garis Panduan Jawatankuasa Kecil Piawaian Dan Kos EPU
  9. AJK pengubalan Arahan Teknik Arkitek
  10. AJK Penyediaan Pelan Induk Pembangunan Mahkamah bersama JPM
  11. Pengubal JKR Architects Strategic Framework – Ahli
  12. Panel Enterprise Risk Management Cawangan Arkitek – Ahli
  13. Panel Program Pensijilan Kepakaran Arkitek – AJK
  14. Panel Jawatankuasa Penilai SME Special Assignment (SSA) JKR 2019 – Ahli Panel
  15. Panel Contract Coordination Panel (CCP) – AJK
  16. Panel Jawatankuasa Rundingan Semula Harga Projek Kerajaan Persekutuan
  17. Panel Jawatankuasa Penilai Pembentangan Kertas Kerja Keluar Negara di CREaTE 
  18. Pengerusi Jawatankuasa Perolehan Perkhidmatan Perunding Cawangan
  19. Panel Temuduga Kenaikan Pangkat Arkitek 
  20. Penceramah Kursus Perkhidmatan Perunding di Pusat Latihan JKR 
  21. Penceramah Kursus Kepakaran Merancang dan Reka Bentuk Fasiliti Awam di Pusat Latihan JKR/ Create
  22. Penceramah Kursus Peranan Arkitek sebagai Lead HODT di Create 

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Board Member Lembaga Arkitek Malaysia 2013-2017, 2019-2021 – Ahli Lembaga
  2. Practice Committee Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) - Ahli
  3. Surveillance & Enforcement Committee LAM - Ahli
  4. CPD and Registration Committee LAM – Ahli
  5. Delegasi Lembaga Arkitek Malaysia di ASEAN Architect Meeting Singapore 2017 _ Ahli Deligasi
  6. Delegasi Lembaga Arkitek Malaysia ke Asean Architects Congress di Philippines 2015 – Ahli Deligasi

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Penerima Anugerah Cemerlang Tahun – 2012
  2. Penerima Anugerah Cemerlang Tahun – 2004

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Ar. IBRAHIM BIN ISA dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"