Date: Isnin, Mei 15, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar. Osman bin Haji Dawan, Arkitek Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan, JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 16 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 23 Mac 1984. Sepanjang perkhidmatan selama 33 tahun, beliau telah bertugas di Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Cawangan Bangunan, JKR WP Putrajaya, JKR Pulau Pinang dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.