Date: Jumaat, Mei 6, 2016
 
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Ar. Sutina bt Ghazalli, Pengarah Kanan Caw Arkitek JKR Malaysia yang akan bersara sebagai kakitangan awam pada 7 Mei 2016. 
 
Beliau telah mula berkhidmat pada 16 Jun 1983. Sepanjang berkhidmat selama 33 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Pahang, Cawangan Kerja Pendidikan, Cawangan Arkitek JKR Kuala Lumpur dan Cawangan Arkitek, Ibu Pejabat JKR Malaysia.
 
Antara kegiatan dan sumbangan, beliau telah terlibat dengan Penyediaan Pelan Strategik JKR-Tema 2 Memacu Kelestarian, Penyediaan Spesifikasi Piawai JKR 2013-2014 dan juga sebagai Ahli Jawatankuasa Induk Pelan Strategik (Business Plan) Cawangan Arkitek, 2013-2014.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.