Date: Selasa, Mei 8, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. DR. JAMILAH BINTI MOHD MARJAN, SETIAUSAHA BAHAGIAN, BAHAGIAN PERANCANG JALAN, KEMENTERIAN KERJA RAYA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 16 Mei 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 9 Ogos 1982 dan ditempatkan di Makmal Bahan, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, IP JKR. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1. Ogos 1982 – September 1983               : Jurutera Awam, Makmal Bahan, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, IP JKR

2. September 1983 – September 1985     : Jurutera Awam, Cawangan Bekalan Air / Projek Air, JKR Negeri Kelantan

3. September 1985 – Oktober 1986          : Jurutera Awam, Bahagian Jalan, JKR Negeri Kelantan

4. November 1986 – September 1996      : Jurutera Awam, Unit Rekabentuk Jalan, Cawangan Jalan, IP JKR

5. September 1996 – September 1997     : Cuti Belajar peringkat Sarjana di The University of Birmingham, United Kingdom

6. September 1997 – Jun 2004                 : Jurutera Awam Kanan, Unit Audit Keselamatan Jalan, Cawangan Jalan, IP JKR

7. Jun 2004 – Disember 2007                   : Cuti belajar Peringkat Doktor Falsafah (PhD) di Universiti Putra Malaysia

8. Disember 2007 – Jun 2013               : Pengarah Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Jalan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)

9. Julai 2013 – April 2014                       : Jurutera Awam Penguasa Kanan, Unit Audit Keselamatan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, IP JKR

10. April 2014 – Mei 2018                       : Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancang Jalan, Kementerian Kerja Raya

Semasa berkhidmat di Unit Audit Keselamatan Jalan, Cawangan Kejuruteraan Jalan dan Geoteknik, IP JKR beliau merupakan tenaga pengajar terutamanya kepada Jurutera JKR dan juga perunding dan kontraktor berkaitan audit keselamatan jalan. Beliau juga dikenali sebagai Pakar Audit Keselamatan Jalan di kalangan Jurutera, Perunding dan Kontraktor yang terlibat dalam bidang keselamatan jalan.

Selain itu, ketika berkhidmat di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, beliau banyak terlibat dengan penyediaan kertas kerja berkaitan keselamatan jalan untuk dibentangkan di seminar peringkat kebangsaan dan antarabangsa antaranya Recent Trend of Fatal Motorcycle Crashes in Malaysia, 8th International Forum of Automotive Traffic Safety (INFATS), Wuhu, China, December 2010, Exposure and Risk of Motorcyclists in Malaysia, The Second International Conference of Thai Soceity for Transportation and Traffoc Studied 2011 (TSTS 2011) 14 - 15 Oktober 2011 di Pattaya, Thailand dan A Survey of Risks of Accidents in Malaysia, 14th REAAA Conference 26 - 28 Mac 2013 di Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau juga pernah dianugerahkan Best Paper Award yang bertajuk Modelling Accidents Along Two Lane Single Carriageway Roads in Malaysia – Research Methodology & Data Collection di seminar 7th Malaysian Road Conference pada tahun 2007.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Kurniaan

1) Darjah kebesaran JOHAN SETIA MAHKOTA (J.S.M.) : Tahun 2016

b) Anugerah

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1991
2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1994
3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2001
4) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2016

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1) Jurutera Profesional, Lembaga Jurutera Malaysia (No. Pendaftaran: 7733A)
2) Life Member of Road Engineering Association Malaysia (REAM)
3) Life Member of Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA)
 

d) Selain itu, beliau turut menyumbangkan idea dan kepakaran dalam penerbitan buku dan garis panduan sebagai rujukan kepada warga kerja JKR seperti berikut;

1) Guidebook For Traffic & Road Safety Audit (MeTRA)
2) Authorised Left Turn
3) Guideline on The Selection of Speed Limit at AES Camera Location (Draft)
4) Road Engineering Guideline on Verification of AES Camera Location and Installation on Road Links in Malaysia (Draft)
5) Road Engineering Guideline on Verification of AES Camera Location and Installation at Signalised Intersection (Draft)
6) Standarad Operating Procedure on Location Verification for AES Camera Installation: Engineering Criteria (Draft)
7) Modelling of Accidents Along Two-Lane Single Carriageway Roads in Malaysia: Research Methodology and Data Collection: Road Engineering Association of Asia & Australasia (REAAA) Journal, Dec 2008, Vol 15 Nos 1 & 2. 

e) Beliau juga telah membentangkan beberapa kertas kerja di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa antaranya;

Jabatan

1) ‘Road Safety Plan’ presented at the ‘Penolong Pengarah Jalan Meeting’ 1998, Kuala Lumpur.
2)
‘Road Safety Auditing’ – presented at the Majlis Keselamatan Jalan Raya 40th AGM in 1999 in Kota Bharu, Kelantan.
3)
‘Road Safety Auditing Towards Better Maintenance of Roads’ – presented at the Senior Officer’s Conference in Kuantan, Pahang, 2000.
4)
‘Traffic Management in the Implementation of Road Construction”, Senior Officers Conference, JKR Malaysia, 31 May- 2 June 2004.

Kebangsaan

1) “Road Safety Standards: Planning and Implementation” – presented at the CAP-SAM NATIONAL SEMINAR ON“SUSTAINABLE TRANSPORT ISSUES IN MALAYSIA”AT RESCAM, P.PINANG 7-11 SEPTEMBER 2001
2) Seminar On “Commuting Road Injuries and Prevention in Malaysia (CRIP), University of Malaya Medical Centre, Kuala Lumpur. 23-24
th February 2006.

 Antarabangsa

1) ‘Malaysian Road Safety Policy’ presented at ‘The World Road Congress 1999’ in Kuala Lumpur’.
2)
‘Preliminary Findings of Speed Profile Study On Single-Carriageway Roads In Malaysia In Relation To Accident Occurrence’ – presented at the 4th Malaysian Road Conference, October 2000.
3)
‘Road Safety Audit Experiences In Malaysia’ – presented at the ‘Global Road Safety Partnership Asean Seminar Series’, Towards Sustainable Road Safety Partnership In Asean, The Second GRSP Asean Seminar , Hanoi, Vietnam, March 2002.
4) ‘Road Safety Improvements in Malaysia’ – presented at the Intertraffic Asia 2002 Seminar, Bangkok, Thailand, June 2002.
5)
‘Safety In Developing Countries – Two Wheeler Safety In Mixed Traffic, Malaysian Experience’ presented at ‘The World Road Congress October 2003’ in Durban, South Africa’.
7) ‘The Influence of Trips Generated From New Projects Development to the Efficiency of Road Netwrok’  at  2nd IRF Asia Regional Congress  & Exhibition Connecting Asia with Better Roads.
8)
Malaysian ITS Blueprint 2017-2022 at ITS Seminar And Exhibition 2017 

f) Beliau turut bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan dan kesatuan dan telah terlibat secara langsung dalam menubuhkan pertubuhan-pertubuhan berikut antaranya;

Kebangsaan

1) REAM Road Safety Standing Committee 2009-current
2) REAM Pedestrian Guideline Committee Chairman
3) Committee Member of the Highway Development and Management Tool (HDM-4) Road User Group, 2004-2007
4) Committee Member of REAM Motorcycle Guidelines, 1997-2004
5) Technical Committee for the 6th, 7th and 8th Road Malaysian Conference
6) Sec. Gen for Intelligent Transport Malaysia (ITS Malaysia)
7) Chairperson of Majlis Tindakan Kader (MTK)  JKR Malaysia SESI 2017-2018.
8) Chairperson for Road Industry Intelligence & Data Base Management Committee - Road Engineering Association Of Malaysia (REAM)
9) Council Member Road Engineering Association Of Malaysia (REAM)

10) Ahli Tetap  Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan
11) Ahli Tetap Penggubalan Dasar Pengangkutan Negara 

Antarabangsa

1) Technical Committee for the 13th REAAA Conference.
2) Member of the Road Safety Committee (TC3.1) of the World Road Association (PIARC), since 2012
3) Member of The Road Safety Task Force PIARC since 2012
4) International Road Assessment Program (iRAP) training group
5) REAAA Road Safety Compendium Committee
6)
Member of the Road Safety Committee (C13) of the World Road Association (PIARC), 1999 – 2001
7) Appointed replacement for First Delegate as member of the working group for Strategic Theme 5 of the World Road Association (PIARC), 1999-2001
8) Member of the ASEAN Land Transport and Safety Committee (PWD Representative), 1997 – 2004
9) Member of  Road Engineering Association of Asia and Australasia (REAAA)
10) Representing Malaysia for Road Safety Facility Standards for the Asian Highway
11) Representing Malaysia for ASEAN Transport Facilitation Working Group (TFWG)
 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.