Date: Rabu, Ogos 4, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. Dr. NOR SHAHRENE BINTI MOHD IBRAHIM, ARKITEK PENGUASA KANAN, PUSAT KECEMERLANGAN KEJURUTERAAN DAN TEKNOLOGI (CREaTE) yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 1 OGOS 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek Tingkatan Biasa (J3) bertempat di Cawangan Bangunan JKR pada 01 Mac 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 28 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-1997: Arkitek Tingkatan Biasa (J3), Cawangan Bangunan JKR
  2. Tahun 1998-2002: Arkitek Tingkatan Biasa (J3), JKR Negeri Sembilan
  3. Tahun 2004-2007: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Alam Sekitar
  4. Tahun 2011-2014: Ketua Penolong Pengarah (J52), Cawangan Kerja Bangunan Am
  5. Tahun 2014-2016: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Arkitek
  6. Tahun 2016-2018: Arkitek Penguasa Kanan (J54), CREaTE
  7. Tahun 2018-2019: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Alam Sekitar & Kecekapan Tenaga
  8. Tahun 2019-2021: Arkitek Penguasa Kanan (J54), CREaTE

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Arkitek Siswazah Berdaftar

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Certified MyCREST Profesional
  2. Certified GreenRE Manager
  3. Pensijilan Lestari Tahap 5

c) Sumbangan Dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Pembentang untuk Dayligting – An Overview.   4 Jul 2013
  2. Pembentang untuk Integration Of Building Energy Simulation (BES) In The JKR Architects Design Practice During Schematic Design Phase (SDP).
  3. Pembentang untuk Back To Basics: Design With Climate. T.18, Menara PJD, Cawangan Latihan, 29 Apr 2014
  4. Pembentang untuk Kecemerlangan Reka Bentuk Lestari.
  5. Pembentang untuk Rekabentuk Kecekapan Tenaga: Rekabentuk Pasif, T.18, Menara PJD, Cawangan Latihan, 29 Sept 2015
  6. Sustainable Design: Utilizing a Daylighting Prediction Tool, CREaTE Open Day 2017
  7. Penerbitan Buku: Building Façade: An Analytical Journey
  8. Penerbitan Buku: Amalan Terbaik Reka Bentuk Bangunan Bagi Menangani Pembiakan Nyamuk Aedes
  9. Penerbitan Buku: Menyediakan Laporan Analisa Simulasi Ecotect Projek Cawangan Arkitek

d) Sumbangan Dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. ProJKR - Ahli

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. Dr. NOR SHAHRENE BINTI MOHD IBRAHIM dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"