Date: Selasa, April 10, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. EN. HARUN BIN ABDUL HAMID, JURUTERA AWAM PENGUASA KANAN, JKR NEGERI KEDAH yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 11 April 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 2 Februari 1985 dan penempatan pertama beliau adalah sebagai Jurutera Awam di JKR Negeri Kedah. Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1985 - 1992         : Jurutera Awam, JKR Negeri Kedah

2)Tahun 1992 - 1998          : Jurutera Awam, JKR Wilayah Persekutuan Labuan

3) Tahun 1998 – 1999        :Jurutera Awam, JKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

4) Tahun 1999 – 2014        : Jurutera Awam Penguasa di Kementerian Luar Bandar dan Wilayah

5) Tahun 2015                    : Jurutera Daerah, JKR Daerah Larut, Matang, Selama, Perak

6) Tahun 2016 – 2018        : Jurutera Awam Penguasa Kanan, JKR Negeri Kedah

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah Kerajaan Negeri

1) Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.C.K) Tahun 2007

2) Ahli Mahkota Kedah (A.M.K) Tahun 2009

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2004

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014

3) Sijil Terampilan Prestasi Cemerlang di Atas Perkhidmatan Yang Cemerlang Tahun 2015

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.