Date: Rabu, April 19, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Mas Abdul Rahman bin Mas Mohamed, Pengarah JKR Selangor yang telah bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 19 April 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau telah mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 1981. Sepanjang perkhidmatan beliau selama 36 tahun, beliau telah berkhidmat dibeberapa tempat, antaranya ialah JKR Negeri Kedah, JKR Negeri Johor, Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Malaysia, Syarikat Pembinaan BLT Sdn. Bhd (Pinjaman), JKR Negeri Perak, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks (PROKOM), Ibu Pejabat JKR Malaysia, JKR Negeri Terengganu dan JKR Negeri Selangor.
 
Beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) sebanyak dua (2) kali sepanjang tempoh perkhidmatan dan diantara sumbangan beliau kepada negara dan jabatan adalah:
 
1) Ahli Jawatankuasa Penilaian Penyedia Perkhidmatan ‘Building Information Modeling’ (BIM)
 
2) Ahli Jawatankuasa Pengemaskinian Dokumen JKR EMS ISO 14001:2004 - ahli sessi Julai 2011-2012
 
3) Ahli Jawatankuasa Pensijilan dan Akredetasi, MAPMA sessi 2011/2013 Ahli Jawatan Kuasa Panel Penilai Kontraktor Cemerlang , MCIEA , CIDB -2012
 
4) Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat JKR Selangor
 
5) Ahli Pengerusi Jawatan Kuasa Anugerah Kontraktor Cemerlang JKR Malaysia tahun 2011
 
Beliau juga mempunyai kelayakan kekompetenan dalam bidang:
 
1) Microsoft Project Scheduling Trainer
 
2) Earned Value Milestone Payment committee
 

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.