Date: Selasa, Januari 17, 2017
Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Mohammad Azlan bin Mon Jamaluddin, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Kementerian Kerja Raya yang bersara sebagai kakitangan awam pada 17 Januari 2017.
 
Beliau telah mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 17 September 1984 , di Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia. Sepanjang berkhidmat selama 32 tahun, beliau telah ditempatkan diantaranya di JKR Gombak dan Bahagian Pembangunan Kementerian Kerja Raya. Beliau merupakan antara individu yang banyak terlibat dengan projek-projek pembangunan di bawah seliaan KKR di Negeri Sabah dan juga Sarawak.
 
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amya sepanjang beliau berkhidmat di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.