Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. EN. MOHD HIZAN BIN KAMARUZAMAN, PENGARAH PROJEK DI PASUKAN PROJEK PENYALURAN AIR MENTAH DARI PAHANG KE SELANGOR, KEMENTERIAN TENAGA, TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR (KeTTHA) yang telah menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 20 Ogos 2017.
Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 9 Ogos 1982 dan ditempatkan di JKR Perak Tengah. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti Cawangan Bekalan Air, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur, Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi dan JKR Negeri Melaka sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Projek dan ditempatkan di Pasukan Projek Penyaluran Air Mentah Dari Pahang Ke Selangor (PPAMPS) sehingga bersara.
Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dikurniakan Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) pada tahun 1991.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.
Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.
- 767 bacaan