Date: Isnin, Mei 15, 2017

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Mohd Kushairi bin Shamsuddin, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, JKR Malaysia yang akan bersara dari perkhidmatan awam bermula pada 20 Mei 2017, di atas sumbangan dan komitmen besar beliau sepanjang menabur bakti di JKR Malaysia.

Beliau mula berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia pada 4 Januari 1982. Sepanjang perkhidmatan selama 35 tahun, beliau telah bertugas di Cawangan Elektrik, JKR Perlis, JKR Kedah, Cawangan Bangunan, Jabatan Parit & Saliran, Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan juga Cawangan Pendidikan & Pengajian Tinggi, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya sepanjang perkhidmatan beliau di Jabatan ini. Semoga beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah, di samping dapat terus menyumbang pengetahuan, kemahiran dan berkongsi pengalaman yang ada demi kepentingan masyarakat dan negara.