Date: Selasa, Januari 2, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. En. Tajuddin bin Harun, Jurutera Awam Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Bangunan Am 2 yang menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Januari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 17 Oktober 1984 dan ditempatkan di JKR Negeri Perak. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti JKR Negeri Kedah, Cawangan Jalan, IP JKR Malaysia dan Jabatan Bekalan Air, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air sebelum ditukarkan ke Cawangan Kerja Bangunan Am 2 sehingga sekarang.

Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2014.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.