Date: Jumaat, Januari 4, 2019

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti  YBRS. ENCIK MOHD. WAHI BIN HASSAN, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA KESIHATAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 6 Januari 2019.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Jentera Sangkut pada 6 September 1982 dan penempatan pertama beliau adalah di JKR Woksyop Persekutuan. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1982 - 1983         : Jurutera Jentera Sangkut, JKR Woksyop Persekutuan

2)Tahun 1983 - 1990          :Jurutera Mekanikal (Jentera), JKR Unit LKTP Negeri Sembilan/ Johor Utara, Bahau

3) Tahun 1990 – 1992        : Jurutera Mekanikal, JKR Woksyop Negeri Sembilan

4) Tahun 1992 – 1994        : Jurutera Mekanikal, JKR Woksyop Persekutuan KL

5) Tahun 1994 – 1998        : Jurutera Mekanikal, Jabatan Penerbangan Awam KL

6) Tahun 1998 – 2006        : Jurutera Mekanikal, Kementerian Pertahanan

7) Tahun 2006 – 2007        : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal

8) Tahun 2007 – 2008        : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kerja Pendidikan dan Pengajian Tinggi

9) Tahun 2008 – 2019        : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kerja Kesihatan

Sepanjang perkhidmatan beliau telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2001 dan 2015.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati, serta dikurniakan kesihatan dan kebahagian.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.