Date: Khamis, Februari 17, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. Gs. Ir. BADARIAH BINTI MOHD SAUFI, CAWANGAN SENGGARA FASILITI JALAN, IBU PEJABAT JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 18 Februari 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Jurutera (JA29) ,pada 17 Mei 1983. Beliau telah berkhidmat hampir 38 tahun dan 9 bulan dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1983-1992: Penolong Jurutera (JA29) , Unit Binaan , Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  2. Tahun 1992-1999: Penolong Jurutera (JA29), Bahagian Senggara I, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. Tahun 1999-2000: Jurutera Awam (J41), Kementerian Pengangkutan (KADER)
  4. Tahun 2000-2002: Jurutera Awam (J41), Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  5. Tahun 2002-2004: Jurutera Awam (J41), Unit Standard Cawangan Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  6. Tahun 2004-2005: Jurutera Awam (J41), Unit Khidmat Sokongan Cawangan Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  7. Tahun 2005-2009: Jurutera Awam (J41),  Unit Senggara Jalan Cawangan Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  8. Tahun 2009-2018: Jurutera Awam Kanan (J48), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  9. Tahun 2018-2021: Jurutera Awam Penguasa (J52), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  10. Tahun 2021-2021: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Geoteknik Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya
  11. Tahun 2021-2022: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Senggara Fasiliti Jalan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Professional –(Registration No. PE 118903)
  2. Gs - (Geospatialist) (Registration No. M540)

 

b) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Kompetensi Kejuruteraan Senggara Jalan (Awam) Tahap 3

  2. Kompetensi Kejuruteraan Senggara Jalan (Awam) Tahap 2

 

c) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Ahli Lembaga Jurutera Malaysia
  2. Ahli Institusi Jurutera Malaysia
  3. Ahli Institusi Geospatial dan Remote Sensing Malaysia
  4. Pengerusi Pemurnian Dokumen Malaysian Standard For Geographic Information/Geomatics-Feature And Attribute Codes (MS1759 Bagi Kategori Transportation)
  5. Pengerusi Jk Agensi Tunjak Dan Custodian Data Geospatial Kategori Transportation (Pusat Geospatial Negara (PGN), Kementarian Tanah dan Sumber Asli, KeTSA)
  6. Ahli Jawatan Kuasa JK Teknikal ISO/TC 211 Geographic Information And Geomatic (Jabatan Standard Malaysia)
  7. Ahli Pasukan Projek Pembangunan Pelan Induk Geospatial Negara (NGMP)
  8. Penceramah Kursus-Kursus Berkaitan Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dan Kerja Cerapan Data Jalanraya Jabatan Kerja Raya Dan Aset Jalan Menggunakan Peralatan GNSS (Global NaviPegation Satellite System) Di Jabatan Kerja Raya Dan Create Melaka

 

d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Ahli Pertubuhan Profesional Jabatan Kerja Raya Malaysia
  2. Ahli KESEJA  (Kelab Kebajikan Sukan Cawangan Senggara Fasiliti Jalan)
  3. Ahli PUSPANITA Kementerian Kerja Raya/Jabatan Kerja Raya

e) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2020
  2. Kesatria Mahkota Wilayah (KMW) 2018 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  3. GOLD AWARD ITEX The International, Invention, Innovation & Technology Exhibition 2017 -  APLIKASI SISTEM PEMANTAUAN POTHOLES (ASaPP)
  4. Anugerah Mentor Mentee Cemerlang 2018
  5. Anugerah Pencapaian Istimewa Jabatan Kerja Raya 2010 (Peringkat Individu) 2010
  6. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2005
  7. Sijil Perkhidmatan Cemerlang 1990

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada Jabatan Kerja Raya khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. Gs. Ir. BADARIAH BINTI MOHD SAUFI  dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"