Date: Khamis, Januari 19, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti, YBRS. HAJI BAHARUDDIN BIN ALI PENGURUS BESAR KANAN PEMBINAAN PASUKAN PROJEK PERSEKUTUAN NEGERI TERENGGANU yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 17 JANUARI 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Jurutera Awam(J3) bertempat di Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Malaysia pada tahun 1996.Beliau telah berkhidmat lebih 26 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1996 Jurutera Awam (J3) Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  2. Tahun 1997-2005 Jurutera Awam (J3) Bhg Jalan, JKR Terengganu
  3. Tahun 2005-2008 Jurutera Awam (J44/J48) Bhg Cawangan Pengangkutan Udara Maritim, Projek Lapangan Terbang Kuala Terengganu
  4. Tahun 2008-2013 Jurutera Awam (J48) LPT 2
  5. Tahun 2013-2015 Jurutera Awam (J48) Kolej Jurutera Daerah Pasir Puteh Kelantan
  6. Tahun 2015-2018 Jurutera Awam (J52) Kementerian Pendidikan Malaysia     Putrajaya Bhg Pembangunan
  7. Tahun 2018-2018 Juruetera Awam (J52) Daerah Kemaman
  8. Tahun 2018-2020 Jurutera Awam (J54) Cawangan Jalan Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur
  9. Tahun 2020-2023 Jurutera Awam (J54) Pengurus Besar Kanan Pembinaan Pasukan Projek Persekutuan Negeri Terengganu.

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan. Antaranya ialah

a)   Pengkhususan

  1. Pengurusan Projek – 17 tahun
  2. Pengurusan RekaBentuk – 8 tahun
  3. Khidmat Nasihat Teknikal – 3 Tahun
  4. Kader 3 Tahun

b)   Penghargaan Dan Pengiktirafan

  1. Anugerah perkhidmatan cemerlang APC -2004
  2. Anugerah perkhidmatan cemerlang APC -2010

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. HAJI BAHARUDDIN BIN ALI dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"