Date: Ahad, Oktober 31, 2021

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBRS. HAJI NOOR RAHIM BIN SULEIMAN, ARKITEK PENGUASA KANAN, CAWANGAN KERJA KESELAMATAN, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang bakal menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 31 OKTOBER 2021.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Arkitek Tingkatan Biasa (J3) bertempat di Cawangan Bangunan pada 07 Disember 1985. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1985-1992: Arkitek Tingkatan Biasa (J3), Cawangan Bangunan
  2. Tahun 1992-1996: Arkitek Tingkatan Kanan (J3), Cawangan Bangunan
  3. Tahun 1996-1998: Residen Arkitek (J41/J3), KL Internatinal Airport Bhd.
  4. Tahun 1998-2001: Arkitek Kanan (J48-M), Bahagian Arkitek, JKR Negeri Pulau Pinang
  5. Tahun 2001-2005: Penolong Pengarah Kanan (J48), Cawangan Kerja Pendidikan
  6. Tahun 2005-2006: Penolong Pengarah Kanan (Perolehan) (J48), Kementerian Kewangan Malaysia
  7. Tahun 2006-2008: Penolong Pengarah Kanan (Setiausaha) (J48), Cawangan Pengajian Tnggi
  8. Tahun 2008-2011: Ketua Penolong Pengarah Kanan (J54), Cawangan Pendidikan dan Pengajian Tinggi
  9. Tahun 2011-2014: Timbalan Setiausaha (Teknikal), Kementerian Pendidikan Malaysia
  10. Tahun 2014-2021: Arkitek Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kerja Keselamatan

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan

  1. MASTER PROJECT DIRECTOR, REG. NUM: M0028/10 BY INSTITUTE OF PROJECT MANAGEMENT, AUSTRALIA.
  2. ‘CERTIFIED CPM AUDITOR’ BY CPM MATRICX MANAGEMENT (M)
  3. CERTIFIED ISO 9001 QMS LEAD AUDITOR

b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Lecture on Awareness of Quality Management System in JKR (SPK JKR) ISO 9001:2000 - Caw. Pendidikan & Pengajian Tinggi, JKR (2008)
  2. Lecture on Materials and Finishes - Competency Level Evaluation Level 2 (2005)
  3. Lecture on Design of Public Buildings - Competency Level Evaluation Level 2 (2004)
  4. Appointed as Evaluation Officer for JKR Competency Level Evaluation Course 1/2007
  5. Lead Auditor for SPK JKR ISO 9001:2000 - Caw. Pendidikan & Pengajian Tinggi, JKR (2008 & 2009)
  6. Member of Working Committee to prepare Syllabus and Examination Questions for Competency Level Evaluation, JKR Malaysia (2003)
  7. Member of Working Committee to prepare Examination Questions for Competency Level Evaluation, JKR Malaysia (2004 & 2006)
  8. Member of the Course Evaluation Committee for Competency Level Evaluation, JKR Malaysia (2007 & 2008)
  9. Member of the JKR Architects Strategic Plan Committee (2009)

c) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi

  1. Juru Hakim Pertandingan Reka Bentuk Astaka Majlis Tilawah Al- Quran Peringkat Antarabangsa  ke 47 anjuran JKR dan JAKIM (2005)
  2. Panel of Interviewer for Suruhanjaya Perkhidmatan Awam’s Interview (2007)
  3. Lecture on Innovation and Problem Solving at Institute Latihan Kehakiman & Perundangan (ILKAP) Bangi, Selangor (2013)
  4. Fasilitator on Blue Ocean Strategy, Ministery of Education (2014)

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Penerima Anugerah Cemerlang Tahun – 2005 (Kementerian Kewangan Malaysia)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBRS. HAJI NOOR RAHIM BIN SULEIMAN dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"