Date: Jumaat, November 24, 2023

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. HAJI YAHAYA RUDDIN BIN MOHAMED YAACOB yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 16 NOVEMBER 2023.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik (J5) bertempat di Jabatan Kerja Raya Hulu Perak, Gerik pada 3 Mei 1993. Beliau telah berkhidmat hampir 30 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1993-2002: Pembantu Teknik (J5), Jabatan Kerja Raya Hulu Perak,Perak
  2. Tahun 2002-2009: Jurutera Awam (J41), Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah
  3. Tahun 2009-2012: Jurutera Awam (J44), Cawangan Kerja Senggara,Ibu Pejabat JKR
  4. Tahun 2012-2017: Jurutera Daerah (J48), JKR Daerah Perak Tengah
  5. Tahun 2017-2021: Jurutera Awam Penguasa (J52), CDPK- Pasukan Projek Khas 1
  6. Tahun 2021-2023: Jurutera Awam Penguasa Kanan (J54), Cawangan Kejuruteraan Cerun

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa anugerah Antaranya ialah;

a) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Penganugerahan Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) Sempena Hari Jadi Yang -74 , Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang 2012
  2. Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan Sempena Ulang Tahun Keputeraan Dymm Sultan Perak Yang Ke-83 (P.P.T) 2011
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JKR Perak 2004
  4. Sijil Perkhidmatan Cemerlang Perkhidmatan Awam JKR Perak 1999

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. HAJI YAHAYA RUDDIN BIN MOHAMED YAACOB yang dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah SWT.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"