Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. HAZIZAN BIN ALIAS yang akan menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 15 Mac 2025.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Tadbir Gred N6 di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 2 Januari 1992. Beliau juga telah berkhidmat lebih 33 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;
- Tahun 1992 – 1997: Pegawai Eksekutif/Penolong Pegawai Tadbir Gred N6, INTAN Bukit Kiara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
- Tahun 1997 – 2001: Pegawai Eksekutif/Penolong Pegawai Tadbir Gred N6, INTAN Jalan Elmu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
- Tahun 2001 – 2002: Pegawai Eksekutif/Penolong Pegawai Tadbir Gred N6, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor;
- Tahun 2002 – 2003: Akauntan Gred W3, Seksyen Perkhidmatan Latihan, Institut Perakaunan Negara;
- Tahun 2003 – 2006: Akauntan Gred W41, Jabatan Imigresen Malaysia;
- Tahun 2006 – 2012: Akauntan Gred W44, Kementerian Kewangan Malaysia;
- Tahun 2012 – 2015: Timbalan Pengarah Operasi Gred W48, Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya;
- Tahun 2015: Ketua Penolong Pengarah Gred WA48, Bahagian Akaun, Kementerian Kewangan Malaysia;
- Tahun 2015 – 2020: Akauntan Gred WA52, Kementerian Pendidikan Malaysia;
- Tahun 2020 – 2023: Pengarah Bahagian Hasil Gred WA52, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia; dan
- Tahun 2023 – 2025: Akauntan Gred WA14, Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia.
Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan.
Antaranya ;
a) Kelayakan Profesional
- Chartered Accountant, C.A(M): Institut Akauntan Malaysia;
- Certified Public Accountant, CPA(M): Malaysian Institute of Certified Public Accountant (MICPA); dan
- Chartered Public Finance & Accountancy, CPFA(UK): Chartered Institute of Public Finance & Accountancy (CIPFA).
b) Sumbangan dan Kegiatan Dalam Tugas Rasmi
- Core Trainers dan Liason Change Agent JANM bagi perakaunan akruan dan iGFMAS tahun 2012 hingga 2020.
d) Sumbangan dan Kegiatan Luar Tugas Rasmi
- Ahli Jawatankuasa semakan pembayaran kepada negeri atas penglibatan kakitangan kerajaan negeri dalam pelaksanaan projek pembangunan persekutuan di negeri oleh Pejabat Belanjawan Negara bagi tahun 2023 hingga 2024;
- Penceramah sambilan bagi pelbagai tajuk pengurusan kewangan & akaun untuk jabatan sendiri, luar jabatan dan pihak konsultan dari tahun 2002 sehingga kini; dan
- Mewakili bahagian/ sector bagi acara boling dan ping pong dalam kejohanan sukan semasa di Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi tahun 2007 hingga 2025.
e) Penghargaan dan Pengiktirafan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2001;
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2005;
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2011;
- Darjah Kebesaran Bentara Setia Mahkota Kelantan oleh DYMM Sultan Kelantan Tahun 2012;
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2017; dan
- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Tahun 2024.
Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrs. HAZIZAN BIN ALIAS dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.
Selamat Bersara.
"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
- 805 bacaan