Date: Isnin, Ogos 13, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. HJ. JAAFAR BIN AHMAD, PENGARAH JKR WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 20 Ogos 2018.

Beliau mula berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai Jurutera Awam pada 8 Ogos 1983 dan ditempatkan di Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara, (DARA) Muadzam Shah, Pahang. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1.

Ogos 1983 – Disember 1992

:

Jurutera Awam, Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara, (DARA) Muadzam Shah, Pahang.

2.

Jun 1993 – Mei 1997

:

Jurutera Awam, JKR Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

3.

Jun 1997 – Mac 2001

:

Jurutera Awam, JKR Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

4.

Mac 2001 – Januari 2004

:

Jurutera Awam, Unit Pengurusan Penyenggaraan Jalan Wilayah Selatan Air Keruh, Melaka.

5.

Februari 2004 – April 2007

:

Jurutera Kerja Kanan, Unit Pengurusan Penyenggaraan Jalan Wilayah Selatan Air Keruh, Melaka.

6.

Mei 2007 – November 2007

:

Jurutera Awam Kanan, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

7.

November 2007 – Januari 2014

:

Jurutera Awam Penguasa, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

8.

Februari 2014 – November 2016

:

Jurutera Awam Penguasa, JKR Daerah Johor Bharu, Johor.

9.

November 2016 – Februari 2017

:

Jurutera Awam Penguasa Kanan, BPP Zon Tengah, Cawangan Senggara Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

10.

Februari 2017 – Ogos 2018

:

Pengarah, JKR Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah dalam Perkhidmatan

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1999

b) Beliau turut aktif dalam pelbagai jawatankuasa seperti berikut;

1. Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan JKR WP Labuan
2. Pengerusi Koperasi JKR Bersatu Bhd.
3. Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan & Kebajikan WP Labuan (MAKSAK)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.