Date: Jumaat, Januari 5, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBrs. Hj. Kamarul Bahrin Bin Mohamad, Jurutera Elektrik Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Elektrik yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 8 Januari 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai penjawat awam pada 12 Mei 1981 dan ditempatkan di Cawangan Elektrik, IP JKR Malaysia sebagai Jurutera Sangkut. Seterusnya beliau turut ditempatkan di beberapa penempatan lain seperti JKR Negeri Kelantan, Projek Bekalan Air Luar Bandar – Antah Biwater, Cawangan Bangunan, IP JKR Malaysia, Cawangan Pengurusan Projek Kompleks, IP JKR Malaysia, Cawangan Pengurusan Korporat, IP JKR Malaysia sebelum ditukarkan ke Cawangan Kejuruteraan Elektrik dan ditempatkan di Projek Sustainable Hydrokinetic Renewable Energy (SHRE) sehingga sekarang.

Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan awam, beliau telah dianugerahkan Sijil Khidmat Cemerlang pada tahun 1993 oleh Kementerian Kerja Raya dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) pada tahun 2012 dan 2016.

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan agar beliau dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah. Semoga beliau dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.