Date: Khamis, March 1, 2018

Seluruh Warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat bakti YBRS. IR. ABU BAKAR BIN MOHAMED SAID, TIMBALAN PENGARAH JKR NEGERI PERAK yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 2 Mac 2018.

Beliau mula berkhidmat sebagai Jurutera Awam pada 7 September 1983 dan penempatan pertama beliau adalah sebagai Jurutera Awam di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan – Unit Jambatan. Sepanjang 35 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

1) Tahun 1983 - 1985         : Jurutera Awam, Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan – Unit Jambatan, IP JKR Malaysia

2)Tahun 1985 - 1990          : Jurutera Awam, Unit JKR Projek Pertanian Bersepadu Lembah Kedah (IADP)

3) Tahun 1990 – 1993        : Jurutera Awam, Projek Pembinaan Feri Tg. Belungkor, Kota Tinggi, Johor

4) Tahun 1993 – 2001        : Jurutera Jalan, JKR Daerah Batang Padang, Perak

5) Tahun 2001 – 2005        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Manjung, Perak

6) Tahun 2005 – 2007        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Batang Padang, Perak

7) Tahun 2007 – 2013        : Jurutera Daerah, JKR Daerah Kinta, Perak

8) Tahun 2013 – 2016        : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Projek Kompleks

9) Tahun 2013 – 2016        : Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Perancangan Aset Bersepadu, JKR Negeri Perak

10) Tahun 2016 - 2018       : Timbalan Pengarah, JKR Negeri Perak

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa pengiktirafan, antaranya ;

a) Anugerah Kerajaan Negeri

1) Paduka Mahkota Perak (P.M.P) daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Tahun 2008

2) Pingat Ahli Mahkota Perak (A.M.P) daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Tahun 2003

3) Pingat Pekerti Terpilih (P.P.T) daripada DYMM Paduka Seri Sultan Perak, Tahun 2001

b) Anugerah dalam Perkhidmatan

1) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1994

2) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 1999

3) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2007

4) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2017

5) Anugerah Pencapaian Istimewa (API) Tahun 2010 – Peringkat Individu

6) Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2014

c)  Pengiktirafan kelayakan profesional dan kekompetenan seperti berikut;

1) Ahli Lembaga Jurutera Malaysia

2) Auditor ISO 9001

3) Auditor Road Safety Audit

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga beliau dan keluarga sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera, sentiasa dirahmati Allah, dikurniakan kesihatan dan kebahagian serta mendapat rahmat dan redha Allah SWT.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.