Date: Selasa, Ogos 23, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs Ir. ABU BAKAR BIN MOHD SIDEK, PENGURUS BESAR KANAN PEMBINAAN (MEKANIKAL), PPPNP JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 23 OGOS 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik(Jentera) Tingkatan Biasa bertempat di Jabatan Pengairan dan Saliran Mekanikal Kuantan Pahang ,pada  tahun 1998. Beliau telah berkhidmat hampir 34 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

1988 – 1997 : Pembantu Teknik (Jentera) Tkt. Biasa, JPS Mekanikal Kuantan
1997 – 2003 : Jurutera Mekanikal Gred J3, JKR Workshop Negeri Pahang
2003 – 2005 : Jurutera Mekanikal Gred J41, Caw. Arkitek IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan
2005 – 2007 : Jurutera Mekanikal Gred J44, Caw. Kej Mekanikal IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan Pahang
2007 – 2011 : Jurutera Mekanikal Gred J48, Caw. Kej Mekanikal IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan Pahang
2011 – 2016 : Jurutera Mekanikal Gred J52, Caw. Pendidikan dan Pengajian Tinggi IP JKR – Unit Projek UIAM Kuantan Pahang
2016 – 2022 : Jurutera Mekanikal Gred J54, Pengurus Besar Kanan Pembinaan. PPPNP JKR Negeri Pahang

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Lain-Lain Kelayakan Kekompetenan

  1. Mendapat Kelulusan Sebagai Jurutera Profesional

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat – Ahli Mahkota Pahang (AMP) Tahun 2003
  2. Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-77 KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat – Ahli Mahkota Pahang (AMP) Tahun 2008
  3. Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan yang Ke-81 KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga – Setia Mahkota Pahang (SMP) Tahun 2011
  4. Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Keputeraan KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang, Yang Amat Mulia – Peringkat Ketiga – Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) Tahun 2018

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs IrABU BAKAR BIN MOHD SIDEK dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati tuhan.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"