Date: Selasa, November 24, 2020

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrs. IR. AHMAD APANDI BIN LAKIN, JURUTERA MEKANIKAL PENGUASA KANAN, CAWANGAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, IBU PEJABAT JKR MALAYSIA yang akan menamatkan perkhidmatannya sebagai kakitangan awam pada 24 NOVEMBER 2020.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar di Jabatan Alam Sekitar pada 15 Disember 1984. Sepanjang 36 tahun dalam perkhidmatan, beliau telah berkhidmat di pelbagai gred jawatan dan tempat seperti berikut;

  1. Tahun 1984 - 1995 : Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, Jabatan Alam Sekitar
  2. Tahun 1995 - 2002 : Jurutera Mekanikal, Kementerian Sains,Teknologi dan Alam Sekitar
  3. Tahun 2002 - 2007 : Jurutera Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  4. Tahun 2007 - 2010 : Jurutera Mekanikal (J44), Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  5. Tahun 2010 - 2013 : Jurutera Mekanikal Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  6. Tahun 2013 - 2016 : Jurutera Mekanikal Penguasa, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR
  7. Tahun 2016 - 2019 : Ketua Penolong Pengarah, Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal Negeri Johor
  8. Tahun 2019 - 2020 : Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IPJKR

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional;

  1. Berdaftar sebagai Jurutera Profesional dengan Institution of Engineers (2012)

b) Lain-lain Kelayakan Kekompetenan;

  1. Medical Gas Pipeline System Authorised Person (2008)
  2. Medical Gas Pipeline System Competent Person (2008)
  3. Penyelia Tapak Binaan Bertauliah (Bidang Kerja Mekanikal) CIDB (2010)

c) Sumbangan dalam Kegiatan Dalam Tugas Rasmi

  1. Jawatankuasa Pelaksana Ekosistem kondusif Sektor Awam (EKSA) CKM
  2. AJK Penambahbaikan Garis Panduan Kajian Semula Rekabentuk, CKM
  3. AJK Pemandu BIM CKM Tahun 2020
  4. Pakar Rujuk JKR (Building Design Engineering-Medical System Engineering)
  5. Moderator JCoP dan JPedia (Building Design Engineering-Medical System Engineering)
  6. AJK Task Force Medical Gas System
  7. Pegawai Jurutera Profesional dalam displin Mekanikal untuk projek Pembinaan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah MAEPS Serdang.
  8. Ahli Pasukan Khas teknikal dalam Inisiatif baik Pulih dan naik Taraf Hospital Lama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  9. Panel Temuduga Untuk Panel Penilai Bagi Sesi Temuduga Calon Kompetensi Mekanikal-Medical System Engineering

d) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Malaysia (2005)
  2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Malaysia (2012)
  3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kerja Raya Malaysia (2018)
  4. Sijil Pengikhtirafan Pakar Rujuk Jabatan Kerja Raya Malaysia bagi ‘Building Design Engineering (Medical System Engineering)’

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Diharapkan YBrs. IR. AHMAD APANDI BIN LAKIN dan keluarga akan sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan sentiasa dirahmati Allah.

Selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi dan Selamat Bersara.