Date: Selasa, Julai 19, 2022

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti YBrsIr. AHMAD AZIZI BIN ISMAIL, TIMBALAN PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI PAHANG yang telah menamatkan perkhidmatan sebagai kakitangan awam pada 4 JULAI 2022.

Beliau memulakan kerjaya sebagai Pembantu Teknik Tingkatan Biasa, bertempat di JKR Temerloh,pada 15 Mei 1986. Beliau telah berkhidmat hampir 36 tahun dalam perkhidmatan awam di pelbagai gred jawatan iaitu;

  1. Tahun 1986-1987: Pembantu Teknik, JKR Daerah Temerloh
  2. Tahun 1987-1996: Pembantu Teknik, JKR Daerah Maran
  3. Tahun 1996-2001: Jurutera Awam (J3), JKR Negeri Pahang
  4. Tahun 2001-2005: Jurutera Daerah (J3), JKR Daerah Rompin
  5. Tahun 2005-2007: Jurutera Daerah Maran (J44), JKR Daerah Maran
  6. Tahun 2007-2015: Penolong Pengarah Kanan (J48), JKR Negeri Pahang
  7. Tahun 2015-2018: Jurutera Awam(J52), Kementerian Dalam Negeri
  8. Tahun 2018-2020: Jurutera Awam, Cawangan Jalan, JKR Malaysia
  9. Tahun 2020-2022: Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Pahang (J54), JKR Negeri Pahang

Di atas khidmat bakti sepanjang dalam perkhidmatan awam, beliau telah menerima beberapa kelayakan, anugerah dan pengiktirafan antaranya;

a) Kelayakan Profesional

  1. Jurutera Profesional 2009

b) Penghargaan dan Pengiktirafan

  1. Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke 77 KDYMM Sultan Pahang – Darjah Kebesaran Mahkota Pahang. Yang Amat Mulia – Peringkat Keempat – Ahli Mahkota Pahang (AMP)

Beliau telah memberikan khidmat dan sumbangan yang amat bernilai kepada JKR khususnya dan negara amnya. Semoga YBrsIr. AHMAD AZIZI BIN ISMAIL dan keluarga akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik serta dirahmati Allah.

Selamat Bersara.

"BAKTI DICURAH, JASA DIKENANG"